Majlis merisik secara maya, Erma Fatima sekeluarga dipuji warganet

Untitled design (30)
Untitled design (30)
A
A
A

PENERBIT, pengarah dan pelakon, Erma Fatima berkongsi momen istimewa majlis merisik anak sulungnya, Syamil Ikhwan, 27, yang diadakan secara maya.

Menurut Erma, 53, selepas menunggu lebih setahun dan terikat dengan situasi semasa kini, akhirnya kedua-dua belah pihak sepakat untuk mengadakan majlis merisik dengan cara sebegitu pada Sabtu.

“Yeahhh nk dapat menantu... Walaupun majlis merisik ni stress dengan line teruk, tapi Alhamdulillah.

“Setahun lebih menunggu, ada sahaja alasannya… PKP lah, itu lah, ini lah. Jadi majlis semalam saya rancang tiga hari sebelumnya dan syukur selesai.

“Walaupun dah langgar adab, tak mengapalah. Apa yang penting, benda baik kita cepatkan. Insya-ALLAH,” katanya beserta tanda pagar untung dapat besan sempoi dan dapat menantu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ermafatima (@ermafatima)

Rata-rata rakan selebriti dan warganet memuji majlis merisik tersebut yang turut disertai bekas suami Erma yang juga pengarah, Bade Azmi dan isterinya, Aida.

Malah ramai menyifatkan, walaupun majlis tersebut diadakan secara maya, namun masih penuh dengan adab dan adat.

d_aimio : “Penuh santun dan adab.. Tak lupa adat dan agama... So sweet... Moga urusan dipermudahkan Allah.”

cookies_elmo : “Biarpun tak dpt bersemuka untuk merisik dalam online pun penuh beradab.. Siap dengan hantaran cincin disusun elok ikut adat. Apa pun tahniah bakal dapat menantu. Moga segalanya berjalan lancar di masa akan datang.”

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca