‘Makan macam tercekik, terasa seperti nak putus nyawa’, DJ Lin kini di wad alami masalah bronkitis & sinus

PENYAMPAI radio popular, DJ Lin terpaksa dikejarkan ke sebuah pusat perubatan pada Sabtu lalu akibat mengalami kesukaran bernafas.

Rupanya DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid, 48, sudah mengalami batuk dan selesema teruk sejak lebih sebulan lalu namun hanya mengambil ubat-ubatan daripada klinik tanpa membuat pemeriksaan lanjut.

Justeru, DJ Lin telah disahkan mengalami masalah bronkitis dan sinus.

Pun begitu, syukur kini ibu kepada dua cahaya mata itu semakin sembuh.

“Alhamdulillah… ada perkembangan positif berbanding sejak dimasukkan ke hospital pada petang Sabtu lepas,” ujarnya.

Bicaranya kepada SinarPlus, sebelum terjadinya sesak nafas itu dia mengalami simptom seperti jangkitan Covid-19.

“Lebih sebulan terkena selesema, demam pada waktu malam, hidung alami ‘blocking’ dan suara turut menjadi serak dan sengau.

“Sebelum ini ada berulang ke klinik dalam lima kali. Ketika itu banyak urusan kerja perlu dilakukan, jadinya terpaksa meneruskan kerja berbekalkan ubat.

Baca juga DJ Lin menang Anugerah Penyampai Radio Paling Dipercayai buat kali ketiga

 

“Deria rasa pun hilang macam terkena Covid-19 tu lah, lebih kurang macam tu simptomnya. Minggu lepas bila keadaan makin teruk apabila makan pun sudah tak boleh. Makanan macam tercekik di tekak. Terasa macam nak putus nyawa kena cepat-cepat cari air. Beberapa kali juga terkena macam itu,” ujarnya.

Kini DJ Lin masih di wad hospital berkenaan bagi meneruskan sesi rawatan menghilangkan lendir pada paru-paru.

Iklan

Ujar DJ Lin yang popular menerusi segmen Suria Cinta di Suria FM itu lagi, doktor ada menyarankan dirinya menjalani pembedahan sekiranya masalah sama masih berulang pada masa akan datang.

Katanya, pembedahan adalah jalan terakhir jika penyakit tersebut tidak sembuh. Buat masa ini DJ Lin hanya diberi ubat selain bantuan untuk cairkan kahak.

“Doktor nak cuba selesaikan dengan sesi rawatan dulu. Pilihan terakhir baru operation,” kongsinya.

Sebagai seorang penyampai radio, DJ Lin turut bimbang dengan masalah terbabit kerana sedikit sebanyak menjejaskan kualiti suaranya.

Iklan

Moga DJ kesayangan semua ini kembali sihat, ayuh doakan!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!