Mangsa lemas anak saudara, Noraniza Idris mohon doa orang ramai

Noraniza Idris
Noraniza Idris
A
A
A

PENYANYI Noraniza Idris meminta orang ramai mendoakan agar usaha mencari dan menyelamat mangsa yang dikhuatiri lemas di Pantai Kelulut, Terengganu, petang Jumaat, berjalan lancar.

Difahamkan mangsa, Naim Hariri Kamaruddin, 31, merupakan anak saudara kepada Noraniza, berada di Terengganu untuk melangsungkan majlis pernikahannya yang sepatutnya diadakan pada pagi ini.

Menerusi perkongsian di laman Facebook Akar Kita, penyanyi Dikir Puteri itu meluahkan rasa sedih atas kejadian menimpa Naim.

“Mohon doakan urusan anak kesayangan Mak Long ini dipermudahkan Allah. Mohon sedekahkan AlFatihah buat Naim Hariri Kamaruddin.

“Pasukan penyelamat masih sedang berusaha mencari di sekitar laut Pantai Kelulut, Terengganu sejak semalam. Dijadualkan nikah pagi ni.

“Allah lebih menyayanginya dengan ujian paling berat untuknya dan keluarganya. Semoga Allah mendengar doa kita bersama. Amin Ya Rabbal Alamin,” tulisnya.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang bakal pengantin dikhuatiri lemas selepas mandi di Pantai Kelulut, Terengganu pada petang Jumaat.

Mangsa yang dikenali sebagai Naim Hariri Kamaruddin, beralamat di Cheras, Kuala Lumpur dipercayai ditarik ombak kira-kira jam 6.45 petang semalam sebelum hilang. Sehingga kini, gerakan mencari dan menyelamat masih berjalan merangkumi kawasan pantai terbabit.

(SUMBER: Facebook Akar Zapin Kita)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca