PENYANYI Mark Adam disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian saringan pada Sabtu.

Berita sedih itu dikongsikan sendiri oleh pengurus yang juga isterinya, Norazah Redzuan menerusi akaun Instagram miliknya.

“Suami saya telah disahkan positif Covid-19 dan Alhamdulillah, saya negatif. Sekarang kami sedang menjalani kuarantin di rumah.

“Alhamdulillah keadaan Mark baik. Mohon doakan kesihatan kami pulih seperti biasa Insya-ALLAH,” kongsinya.

Iklan

Difahamkan Mark, 42, hanya mengalami simptom demam dan hilang deria bau kini menjalani kuarantin di rumah.

Iklan

Setakat ini, penglibatan Mark pada minggu separuh akhir dalam program Hijrahkan Laguku di TV AlHijrah yang berlangsung Sabtu ini masih proses perbincangan.