‘Ini bukan soal sindir, ini pasal fitnah’ – Shuib mohon maaf secara terbuka, Jep sahkan ambil tindakan undang-undang
HAMPIR seminggu mendiamkan diri, pelawak Shuib Sepahtu akhirnya tampil memberi penjelasan berkenaan kemelutnya dengan Jep Sepahtu.
Menerusi perkongsian video di laman sosial, Shuib atau penuhnya Shahmira Muhammad mengakui selepas kenyataan dikongsikan Jep pada 8 Oktober lalu, dia berdepan satu tempoh sukar.
Bagaimanapun, pelawak berusia 42 tahun itu tampil memohon maaf secara terbuka kepada Jep di atas perbuatannya bersama Mamat menyindir Jep di dalam Dol’s Podcast bersama Azlee Senario.
Shuib berkata dalam tempoh 24 jam selepas kenyataan Jep , dia bertindak menghantar mesej memohon maaf dan menzahirkan rasa kesal di atas kehilafannya.

"Jadi hari ini ada beberapa kenyataan yang saya akan jelaskan. Yang pertama posting Jep dibuat pada 8 Oktober, Khamis tengah hari.
"Saya nak maklumkan, tak sampai 24 jam iaitu pada 1.51 pagi Jumaat, saya telah pun WhatsApp Jep dengan penuh rendah diri memohon maaf di atas kekhilafan saya dan Mamat menyindir dia di Dols Podcast episod bersama dengan Azlee senario.
"Saya kira dia telah pun menerima Whatsapp tersebut dan mungkin telah membacanya. Wallahualam.
“Saya penuh kesal dan memohon maaf kepada dia berulang kali. Saya anggap ini ujian untuk saya dan balasan di atas kekhilafan saya dalam berkata-kata,” katanya.
Dalam pada itu, Shuib turut memohon maaf secara terbuka dan mengimbas kembali persahabatan yang terjalin hampir 20 tahun dan mendoakan buat Jep dan keluarga.
“Video ini khas untuk Jep, Jep… Kalau kau tengok video ni, Dok…
"Aku mohon maaf. Aku mohon maaf, Dok. Aku mohon maaf," kongsinya.
Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi beberapa perkara berkaitan caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) pekerjanya yang telah dibayar secara ansuran bermula Januari 2026 dan kini berbaki 14 bulan.

"Yang ketiga, saya mohon maaf. Saya mohon maaf. Saya mohon maaf kepada semua yang mungkin marah dan rasa tak patut dengan apa yang saya telah buat di Dol’s Podcast.
"Saya sedar saya manusia yang tidak sempurna, selalu berbuat salah, selalu berbuat dosa. Jadi saya mohon maaf. Saya mohon maaf. Saya mohon maaf di atas kekhilafan saya.
"Yang keempat, saya halalkan dan maafkan kepada sesiapa saja yang mengecam, menghina atau memfitnah saya, isteri, anak-anak, keluarga dan juga perniagaan saya. Saya anggap ini adalah ujian dan balasan di atas kekilafan saya yang telahpun saya lakukan.
"Kelima, saya moho berhentilah membuat apa-apa lagi andaian, kecaman, makian ataupun fitnah ke atas saya, isteri saya, Watie, anak-anak, keluarga saya dan juga perniagaan saya perniagaan yang sah, halal.
"Ia adalah sumber pendapatan keluarga saya sekarang adnuntuk membayar segala hutang BubbleBee. Janganlah kerana marahkan saya, isteri, anak-anak dan keluarga saya terlibat.
"Mereka tidak bersalah. Saya yang bersalah dalam perkara ini. Dan janganlah juga kerana benci kepada saya, boikot perniagaan saya sedangkan ia sah dan halal," tuturnya.
Sementara itu, Jep atau nama penuhnya Mohd Nadzri Zainal Abidin menerusi laman sosial miliknya memaklumkan tindakan undang-undang sudah diambil susulan fitnah.
"Aku pun nak minta maaf sebab ketika kau keluarkan video ini, aku telah pun mengambil tindakan undang-undang atas nasihat peguam.
"Kerana ini benar-benar fitnah jahat terhadap diri aku. Ini bukan pasal sindir, ini pasal fitnah," kongsi Jep.
Sumber: Instagram 1, 2
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
