‘Sejak Aril dalam perut lagi, mama dah berjanji...’ Anak sulung bertunang, Linda Rafar imbas pengorbanan besarkan anak
PENYANYI Linda Rafar selamat menyarungkan cincin kepada bakal menantunya, Ika, dalam majlis pertunangan yang berlangsung hari ini.
Linda atau nama sebenarnya Azlinda Abdul Rafar, 48, berkongsi momen bermakna apabila anak sulungnya, Rezaril Keflin, 26, selangkah menuju alam perkahwinan.
Dalam majlis yang berlangsung penuh adat itu, suaminya, Syed Kamaruzaman Syed Mahmud Al-Yahya, sempat berbalas pantun dengan pihak perempuan.
Linda kemudian menyarungkan cincin ke jari wanita pilihan Rezaril atau mesra disapa Aril.
Terdahulu, Linda menerusi satu hantaran di media sosial meluahkan rasa syukur apabila persiapan menuju hari bahagia anak sulungnya itu semakin hampir disempurnakan.

"Bismillah, Masya-ALLAH. Sikit lagi, Aril. Insya-ALLAH semua persiapan hari pertunangan, nikah dan sanding Aril akan selesai.
"Sejak Aril dalam perut lagi, mama sudah berjanji akan jaga Aril sampai akhir nafas mama. Terlalu banyak cerita dan dugaan yang kita lalui bersama. Mama berpisah ketika Aril baru berusia dua tahun. Sejak itu, mama belajar untuk terus kuat demi Aril," kongsinya.
Dalam hantaran tersebut, Linda turut mengimbas kenangan bersama anak keduanya, Rezaimen Keifli atau lebih dikenali sebagai Memen, yang disahkan meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut 5 Julai 2014.

"Mama pernah berdoa agar Aril membesar bersama arwah Memen, adik yang mama hadirkan untuk menjadi teman dan sahabat Aril. Tapi ALLAH lebih menyayangi Memen.
"Mama tahu kehilangan itu sangat berat buat Aril, kerana Memen adalah best friend Aril. Alhamdulillah, ALLAH hadirkan tiga lagi adik lelaki yang sangat menyayangi Aril.
"Hari bahagia Aril semakin hampir… Mama bersyukur walaupun banyak yang mama usahakan sendiri. Penat, air mata dan pengorbanan ini semuanya berbaloi demi melihat anak mama bahagia," kongsinya.

Untuk rekod, Memen disahkan meninggal dunia akibat ketumbuhan kronik dalam perut.
Aril dan Memen merupakan anak hasil perkahwinan pertama Linda bersama bekas pelumba kereta, Keifli Othman.
Linda kemudian mendirikan rumah tangga bersama pelakon Syed Kamaruzaman pada 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata lelaki.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
