Masih aktif berlakon, Fadlan Hazim nafi ‘berehat’ daripada industri seni

Fadlan Hazim
Fadlan Hazim
A
A
A

PELAKON Fadlan Hazim meluahkan rasa kesal apabila ada pihak yang mendakwa dia kini berehat sementara daripada industri.

Menurusi perkongsian di Instagram Story miliknya hari ini, Fadlan, 29, menegaskan dia masih aktif berlakon seperti biasa.

“Siapa yang pandai-pandai cakap aku ‘berehat sementara’ daripada industri?

“Aku sakit pun datang set macam biasa, tak pernah minta cuti kecuali kalau kena masuk wad,” jelasnya.

Tambah pelakon drama Seribu Rindu itu lagi, banyak projek lakonannya yang yang telah siap penggambaran belum ditayangkan kepada umum.

“Ada saja shoot, cuma projek itu tak keluar TV lagi,” katanya.

Sepanjang tahun lalu, Fadlan juga muncul dengan beberapa drama rantaian termasuk Dia Adelia, Manis Agnes Jam 5, Alergi Mamat Romantik dan Manuskrip Cinta.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca