“AIR mata syukur… tiada kata melainkan Alhamdulillah. Saya dan seluruh team amat terharu.”

Begitu perkongsian pengarah, Syamsul Yusof setelah Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan yang mencetuskan fenomena meraih jualan tiket RM90 juta selepas 33 hari ditayangkan di pawagam seluruh negara, Singapura dan Brunei.

Menempa pelbagai kejayaan, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan mula ditayangkan pada 23 Jun 2022 lalu.

Baca juga “Netflix hendak beli Mat Kilau 7 juta.” – Syamsul Yusof

MAT KILAU : KEBANGKITAN PAHLAWAN

Filem yang bermodalkan RM8 juta adalah hasil tangan Syamsul yang mencipta fenomena baru dan semangat perpaduan perjuangan Melayu.

Dalam pada itu, Syamsul juga berterima kasih kepada penonton yang masih memberi kepercayaan kepada karya Mat Kilau dan semua filem arahannya.

“Terima kasih penonton masih terus beri kepercayaan pada karya kali ini dan kesemua filem saya sebelumnya.

“Sejak dari filem pertama hinggalah sekarang. Insya- ALLAH moga terus diberi ilham untuk filem akan datang.

“Telah terbukti beberapa kali… karya filem Melayu masih boleh berdiri di bumi sendiri.

“Ini harapan baru sinema tempatan dan buat semua anak seni. Ayuh semua pengkarya filem, ayuh bersatu demi kita sama-sama majukan industri seni Malaysia,” coretnya di laman Instagram.

Baca juga Mat Kilau paling tinggi kutipan dalam sejarah Malaysia, 53 juta dalam 13 hari!

Difahamkan, filem tersebut mencatat kutipan tertinggi bagi kategori tempatan dan antarabangsa selepas Munafik 2 dan Avengers: End Game.

Ia sekali gus menjadikan filem nombor satu dalam carta ‘box office’ mingguan untuk lima minggu berturut-turut mengenepikan filem besar Hollywood.

Sejak ditayangkan, filem terbitan Studio Kembara Sdn Bhd diterajui Datuk Adi Putra yang menghidupkan watak pahlawan Mat Kilau Imam Rasu atau Mat Kilau itu terus menjadi pilihan ramai.

Selain Adi, filem Mat Kilau turut dibintangi Wan Hanafi Su sebagai ayah Mat Kilau iaitu Tok Gajah, Beto Kusyairy (Wahid), Khir Rahman (Usup), Fattah Amin (Awang) dan Johan As’ari (Yassin).

Tidak ketinggalan, Datuk Rahim Razali, Nam Ron, Shaharuddin Thamby, Ellie Suriaty, Farah Ahmad dan aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian sebagai Toga.

Tahniah!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.