Meerqeen rela dibenci...

A
A
A

BENARLAH kata orang, nombor sekadar angka lebih-lebih lagi dalam sebuah pertandingan.

Tidak kira nombor berapa yang kita peroleh kerana akhirnya kejayaan sebenar adalah bagaimana cara kita membawa diri selepas berakhirnya sesebuah program itu.

Begitu jugalah kisahnya dengan pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2020, Meerqeen, yang baru sahaja melabuhkan tirai pertengahan Julai lalu.

Hakikatnya, belum pun pentas akhir dipancarkan di kaca TV, Meerqeen atau nama sebenarnya Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 19, sudah mendapat tawaran berlakon.

Malah, dalam tempoh kurang daripada dua bulan ini, anak muda itu sudah membintangi beberapa telefilem dan drama termasuk memegang watak utama.

Tidak mendabik dada dengan rezeki yang diperoleh, Meerqeen bagaimanapun tidak merasakan dia lebih menyerlah daripada juara Hero Remaja 2020, Nadhir Nasar, mahupun Umar Hisham yang memenangi tempat kedua pertandingan itu.

“Bagi saya rezeki setiap orang berbeza.

“Saya tak rasa lebih menyerlah daripada mereka, mungkin rezeki saya di laluan ini terlebih dahulu muncul.

“Lagi pun kalau ikutkan sudah empat tahun saya cuba untuk menembusi dunia seni, jadi bila sudah ada peluang sebegini, saya pasti akan bekerja keras untuk menempatkan diri dalam kalangan pelakon sedia ada.

“Alhamdulillah ada penerbit dan pengarah yang nampak bakat saya sekarang,” jelasnya yang turut membintangi FTV Frontliner yang akan menemui penonton di Astro First Eksklusif Oktober depan.

Berkongsi pengalamannya membintangi FTV itu, Meerqeeen berkata, dia membawakan nama sama sebagai kluster kayangan yang sebelum ini tular di sosial media mengenai sikap segelintir pesakit Covid-19 yang besar kepala.

hero remaja

Katanya, dia berharap akan dibenci penonton selepas FTV tersebut ditayangkan di kaca televisyen.

“Saya membawakan watak sebagai Meerqeen seorang pe­lajar yang baru pulang dari luar negara dan bersikap besar kepala ketika menjalani kuarantin.

“Kalau orang tonton FTV ini nanti, saya rasa akan dibenci penonton dan bersedia sekiranya ada yang membenci saya selepas ini,” ujarnya.

Selain Meerqeen, Frontliner turut dibintangi Azhan Rani, Emma Maembong, Beto Kusyairy, Wan Maimunah, Farah Ahmad dan Achey.

Dalam pada itu, ditanya mengenai perancangannya dalam dunia nyanyian, Meerqeen berkata, dia masih menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi, namun setakat ini mahu memberi tumpuan terhadap bidang lakonan terlebih dahulu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca