Mega Spontan pertaruh kelainan

MEGA SPONTAN
MEGA SPONTAN
A
A
A

SELEPAS lima tahun tidak bersiaran, rancangan kegemaran ramai, Super Spontan kini kembali menghiburkan penonton di Astro Warna.

Bagaimanapun program berteraskan permainan lawak spontan secara improvisasi yang menguji daya kreativiti itu kembali dengan judul baharu iaitu Mega Spontan.

Bernadikan ‘Takhta Nusantara’, rancangan dengan kerjasama KLPOST itu menyatukan empat kumpulan yang mewakili kerajaan-kerajaan Nusantara iaitu Srivijanda, Langkataksuka, Majakelat dan Campaktakjauh dan pemenang akan dinobatkan menjadi ‘Raja Kerajaan Takhta Nusantara’.

Pengurus Saluran Astro Warna, Idlan Zahari, berkata, format permainan kali ini diubah secara keseluruhan.

"Buat julung kalinya, kami membuka penyertaan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai bakat berkomedi. Kami juga mempunyai wajah-­wajah baharu industri hiburan yang belum pernah menerokai dunia komedi.

"Kombinasi mereka semua termasuk barisan pelawak yang sudah menempah nama dalam arena ini pastinya akan memberikan persembahan yang melangkaui jangkaan para penonton," ujarnya.

Mega Spontan akan menyaksikan kemunculan pelawak-pelawak ‘otai‘ iaitu Zizan Razak, Sabri Yunus dan Douglas Lim serta pelakon versatil Kamal Adli yang akan tampil sebagai mentor. Sementara Datuk Afdlin Shauki turut kembali sebagai Game Master.

Seramai 20 pemain akan dibahagikan kepada empat buah kumpulan. Antara selebriti yang menyertai rancangan ini termasuk Roy Azman, Datuk Jalaluddin Hassan, Mark Adam, Atu Zero, Joey, Adlin Aman Ramli, Ramona Zam Zam dan Aya Amiruddin.

Wajah-wajah baharu yang akan muncul buat pertama kali dalam hiburan komedi menerusi rancangan ini pula seperti Naim Daniel, Farahdhiya, Noreen Iman, Fadhli Masoot serta penyandang gelaran ratu cantik, Sanjna Suri.

Program ini akan dikendalikan Sherry Alhadad dan dibantu Amir Raja Lawak.

Mega Spontan akan berlangsung selama lapan minggu dan bersiaran secara langsung dari Panggung Percubaan, Universiti Putra Malaysia, Serdang mulai 19 Mei, setiap Jumaat, jam 9 malam di Astro Warna (saluran 107).

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca