PENULARAN virus pandemik, Covid-19 di Malaysia semakin membimbangkan apabila jumlah kes baharu masih dalam lingkungan empat angka.

Justeru penting untuk mereka yang tidak ada urusan penting untuk kekal duduk di rumah bagi mengelakkan terdedah kepada risiko jangkitan.

Sebaiknya, elakkan juga untuk menziarahi  keluarga atau kenalan, lebih-lebih apabila kita tidak pasti sudah dijangkiti virus itu tanpa disedari.

Begitu jugalah yang dilalui anak kepada pelakon dan pengacara, Elfira Loy iaitu Muhammad Rayyan Khalaf, 15 bulan apabila menjadi kontak rapat kepada individu yang datang ke rumah.

Jelas Elfira, 27, dia tidak membawa anaknya keluar, bagaimanapun dalam masa yang sama, dia tidak tahu orang yang datang ke rumah telah dijangkiti virus itu.

“Kongsi di sini sebagai peringatan kepada ibu-ibu, untuk keadaan sekarang tidak mengapa untuk bertegas mengatakan tidak kepada orang yang nak datang rapat dengan anak kita .

“Terutamanya bila kita tahu orang itu selalu keluar dan jumpa dengan ramai orang.

“Rayyan tak keluar , tapi kita tak tahu orang yang datang rumah itu telah terdedah kepada virus.

“Jadi nak dijadikan cerita, dia merupakan salah seorang kontak rapat. Memang nak luruh jantung, sebab saya takut sangat dengan hospital, kalaulah jadi apa-apa mesti saya kena jaga dia, memang takut sangat,” ujarnya menerusi Instagram anaknya.

Iklan

Bagaimanapun ujar Elfira, dia bersyukur apabila ujian calitan yang dilakukan terhadap Rayyan, menunjukkan dia tidak dijangkiti biarpun berada beberapa jam bersama individu terbabit.

“Alhamdulillah semuanya baik. Kuat imun system anakku dan syukur kepada ALLAH SWT kerana melindungi Rayyan.

Iklan

“Menakjubkan kerana dia terdedah beberapa jam tetapi tidak ada apa-apa tetapi yang terdedah satu jam dijangkiti. Memang ajaib.

“Jadi tolong jaga diri anda dan pastikan makan vitamin C,” katanya.