Memang saya ditahan untuk bantu siasatan – Tauke

TAUKE
TAUKE
A
A
A

PELAWAK Tauke (Jambu) akhirnya mengaku ditahan polis baru-baru ini bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks.

Pendedahan itu dilakukan Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 45, menerusi satu hantaran di Instagram Story miliknya pada Sabtu.

“Kepada yang tidak puas hati, memang saya ditahan untuk bantu siasatan dan saya telah pun memberikan kerjasama yang sepenuhnya kepada pihak berkuasa,” tulisnya.

Bagaimanapun bekas peserta program Raja Lawak itu menafikan penahanan tersebut mempunyai kaitan dengan isu ‘bapa ayam’ yang diperkatakan ramai sebelum ini.

“Bukan jadi bapa ayam atau pengedar, tiada kaitan aktiviti tersebut,” tegasnya.

Terdahulu nama Tauke disebut sebagai pelawak terkenal yang ditahan polis baru-baru ini kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan pemerdagangan manusia untuk tujuan eksploitasi seks di sebuah hotel di Kuala Pilah pada Ahad lalu.

Bagaimana Tauke menafikan dia adalah individu terbabit dan menegaskan tidak ada kaitan dengan apa yang diperkatakan itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca