Menangi Album Terbaik, Yonnyboii bawa pulang DKD RM200,000

A
A
A

ALBUM Yonny (Deluxe Version) milik Yonnyboii telah diangkat sebagai Album Terbaik di Anugerah Industri Muzik edisi ke-23 (AIM23) yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada Ahad.

Kemenangan itu sekaligus memperlihatkan Yonnyboii menerima Dana Kandungan Digital (DKD) Industri Muzik sebanyak RM200,000 untuk penghasilan karya yang lebih baik selepas ini.

Dalam pada itu, lagu Goodbye Hello nyanyian pasangan suami isteri, Syamel dan Ernie Zakrie dinobat sebagai Lagu Terbaik danb pasangan itu membawa pulang DKD berjumlah RM50,000.

Ernie dan Syamel juga memenangi Lagu Pop Terbaik menerusi lagu sama yang mendapat sentuhan komposer dan penulis lirik Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir dan Mike Chan.

AIM23Ernie, Syamel membawa pulang dua trofi termasuk kategori utama, Lagu Terbaik menerusi Goodbye, Hello.

Selain itu, Ernie juga memenangi persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita) melalui Sinar Mata Hati.

Bagi pemenang Artis Baru Terbaik, anugerah itu menjadi milik Vanessa Reynauld yang tercalon menerusi lagu Buat Ku Sempurna dan turut menerima DKD sebanyak RM50,000.

Untuk Video Muzik Terbaik, dimenangi oleh lagu Gatal melalui nyanyian Janna Nick yang membawa pulang DKD RM20,000.

Pemenang Anugerah Sri Wirama pula diberikan kepada Tan Su Loke. Anugerah itu disampaikan oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Annuar Musa diiringi Pengerusi RIM dan Jawatankuasa Penganjur AIM23, Rosmin Hashim.

Seramai 113 juri terbabit dalam penilaian untuk 21 kategori. Setiap kategori diadili tujuh hingga 10 pakar dalam bidang masing-masing.

Berikut senarai pemenang keseluruhan;

Album Terbaik

Yonny (Deluxe Version) - Yonnyboii

Lagu Terbaik

Goodbye Hello (Syamel dan Ernie Zakri)

Artis Baru Terbaik

Vanessa Reynauld (Buat Ku Sempurna)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Lelaki)

Arddley Nicholas (Pilu)

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Wanita)

Ernie Zakri (Sinar Mata Hati)

Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Lagu

VE (Tunggu)

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu

Shila Amzah dan Liza Hanim (Bahagiakan Dia)

Kulit Album Terbaik

Adat Kasih (Zeha Salleh)

Rakaman Lagu Terbaik

Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah)

Rakaman Album Terbaik

Belagu Dayang Nurfaizah

Video Muzik Terbaik

Gatal (Janna Nick)

Lagu Pop Etnik Terbaik

Adat Kasih (Zeha Salleh)

Lagu Nasyid Terbaik

Thank You Allah (Alyah ft Cat Farish dan Haris)

Runut Bunyi OST Terbaik Di Dalam Filem/Drama

Bahagiakan Dia (Shila Amzah dan Liza Hanim)

Lagu Rock Terbaik

Tugu Ugut (Sekumpulan Orang Gila)

Lagu Pop Terbaik

Goodbye Hello (Syamel dan Ernie Zakri)

Lagu R&B/Hip Hop Terbaik

Ciao (Joe Flizzow)

Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik

Fun, Lust, Love (Late Night Frequency)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik

Game Of Charades (Sophia Zuhri)

Lagu Cina Tempatan Terbaik

Wu Ren Qian Shou De Xin Fu (Uriah)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik (Artis Luar Negara)

Tak Ingin Usai (Keisya Levronka)

Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu

Tudung Periuk (Dayang Nurfaizah)

Pemenang Anugerah Sri Wirama

Tan Su Loke

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca