MENINGGAL dunia pada usia 90 tahun, Allahyarham Hamid Gurkha merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam bidang seni komedi negara.

Beliau atau nama sebenarnya Abdul Hamid Ab Rahman mula dikenali melalui filem Panglima Badul (1978) dan Main-Main Hantu (1989).

Berita pemergian Hamid atau nama sebenarnya, Abdul Hamid Abdul Rahman disahkan anak bongsunya, Nor Ashita Hamid, seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Hamid kembali ke rahmatullah akibat penyakit tibi dan beberapa komplikasi lain selepas enam hari dimasukkan ke hospital.

Baca juga: Hamid Gurkha meninggal dunia

Lakonan Pak Hamid dan Dharma Harun Al-Rashid dalam filem Sikit Punya Gila (1982) (Kredit foto: Rose Merah)

Selebriti yang lebih mesra dengan panggilan Pak Hamid itu cukup istimewa dalam industri seni tempatan.

Bersama ini SinarPlus berkongsikan tujuh fakta menarik mengenai Pak Hamid yang ramai tidak tahu;

1.Pernah menyertai pasukan tentera selama tujuh tahun, bermula pada 1950.

2.Gelaran Gurkha pada hujung namanya diberikan seorang askar berpangkat Sarjan ketika berkhidmat di dalam angkatan tentera.

3.Bertitik tolak daripada insiden itulah nama atau gelaran Gurkha menjadi sebahagian daripada diri Pak Hamid.

4.Aktiviti seninya bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama.

Iklan
Allahyarham Datuk Jamali Shadat bertanggungjawab membawa Pak Hamid ke pentas lawak (Kredot foto: Berita Harian SG)

5.Pelawak, Allahyarham Datuk Jamali Shadat adalah orang yang bertangungjawab mengajaknya menjadi pelawak pentas.

6.Pak Hamid pernah dinobatkan sebagai Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.

7. Antara filem-filem yang pernah dijayakan adalah Gila-Gila pada 1979, Sikit Punya Gila (1982), Aku Yang Berhormat (1983), Talak (1984), Ragam Pemandu (1989), Konstabel Mamat (1992), Impian (1996), Silat Lagenda (1998), Senario The Movie (1999), Kemarau Cinta (2005), Salah Bapak (2006) Zombie Kampung Pisang dan terbaharu, Alamak Toyol.

Pemergian Pak Hamid ibarat kehilangan sebutir permata. Pasti ramai yang akan merindui jenakanya, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat, al-Fatihah.

Iklan

Sumber: Bernama

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI