PELAKON dan pengacara Karl Shafek berkongsi keadaan kesihatan terkininya yang masih lagi menjalani rutin pemeriksaan doktor pada setiap bulan.

Perkongsian tersebut dilakukan Karl atau nama sebenarnya Khairul Shafek Ibrahim, 41, dengan memuat naik fotonya yang sedang membuat pemeriksaan darah menerusi laman Instagramnya.

“Rutin setiap bulan. Periksa darah untuk pantau tahap keradangan dalam badan sejak setahun lepas.

“Harap keputusan darah keluar nanti tak adalah tinggi sangat radang dalam badan ni. Normal people 3-5 je reading dia, tapi saya around 60-80.

“Pernah turun tiga kali saja ke tahap 35-45, tapi nak dapat normal bawah 10 memang susah dah akibat Ankylosing Spondilitis ni,” ujarnya.

Karl yang juga merupakan seorang usahawan memberitahu, dia terpaksa mengambil pelbagai jenis ubat termasuk ubat tahan sakit setiap hari untuk mengawal radang tersebut.

“Hari-hari telan ubat untuk control radang tu dan ubat tahan sakit saja lima hingga enam jenis. Kalau radang naik sampai 70-80, memang kena jaga-jaga.

“Masa itu dia boleh serang mata atau tisu badan yang lain. Setakat ini sakit belakang memang sentiasa ada.

“Kena selalu physio sajalah untuk kurangkan. Ada kala sakit sangat juga, tapi mungkin sebab dah terbiasa, jadi hadap saja la.

Iklan

“Mental kena betul-betul kuat untuk lawan. Semoga Allah SWT gugurkanlah dosa-dosa saya. Amin,” kata Karl.

Terdahulu pada Oktober tahun lalu, Karl mendedahkan pernah mengalami kemurungan, selain disantau dan berbulan-bulan terlantar menderita sakit.

Iklan

Bagaimanapun dia kemudiannya beransur pulih setelah mendapatkan pelbagai rawatan.

 

(SUMBER & FOTO: Instagram Karl Shafek)