PENYANYI dan usahawan, Mila Jirin mengakui mengigil dan terkejut sebaik melihat perkongsian terbaharu pelakon dan penyanyi, Nonny Nadhirah di akaun Instagram.

Mula menyangka akaun tersebut digodam pihak tidak bertanggungjawab, namun perasaan itu berubah kepada rasa sedih sebaik mengetahui yang berlaku adalah sebaliknya.

“Semalam apabila ada rakan memaklumkan perkongsian terbaharu Nonny, saya 100 peratus percaya itu bukan dia.

“Saya bercakap dengan diri sendiri, akaun Instagramnya mungkin digodam. Tetapi, luluh hati saya, sedih sangat sedih.

“Rasa macam nak ke Sabah untuk bertemu Nonny dan mendengar apa jua masalah dia, sebab Nonny sangat baik! Anak yang baik!

“Alhamdulillah dapat bercakap dengan Nonny walau sekejap. Sedih sangat, sebab tak boleh berada di tepi Nonny untuk mendengar semua kelih kesahnya,” luah Mira

Tambah Mila, dia berharap Nonny tidak membuat perkara yang bercanggah dengan perintah ALLAH SWT.

“Non (panggilan untuk Nonny), ku mohon, jangan sia siakan hidayah yang dihadiahkan oleh Allah… Non ku mohon, lawan godaan syaitan! Ramai sayang mu Non!

Iklan

“Non ku tau mu pasti baca posting ku ini… Non ingat rezeki milik ALLAH. Usaha ikhtiarlah cara apa juga selagi mana ianya halal dan mendapat keberkatan.

“ALLAH sedang uji mu wahai sahabat! Sebab ALLAH sayang, plese kuat Non!! Jangan terpedaya dengan syaitan.

Iklan

“Terakhir kali, ku mohon Non, dengan sepenuh hati, jangan lah mu berubah kepada kehidupan yang lagha dan penuh sia sia… Ramai yang sayang mu Non… ALLAH sayang mu,” ujar Mila menerusi akaun Instagram miliknya.

Luahan yang dibuat Mila ini dipercayai berkait rapat dengan perkongsian terbaharu Nonny yang tidak lagi bertudung menerusi akaun Instagramnya.