WOW. Nampaknya selepas bergelar isteri rezeki pelakon dan pengacara manis, Mira Filzah sentiasa mencurah-curah.  

Terbaharu, selebriti berusia 27 tahun tersebut dicalonkan sebagai antara 100 Wanita Tercantik 2020 oleh media antarabangsa, TC Candler.

Pencalonan Mira Filzah atau nama sebenarnya, Nur Amirah Filzah Badioezaman dalam kategori itu secara tidak langsung mempromosikan nama Malaysia di peringkat antarabangsa. 

Apatah lagi, kategori 100 Wanita Tercantik 2020 berkenaan turut menampilkan barisan selebriti terkenal dunia seperti Beyonce, Billie Eilish, Demi Lovato dan Dua Lipa.

megan beyonce
MEGAN (kiri), Dua Lipa dan Beyonce (kanan) antara selebriti dicalonkan kategori 100 Wanita Tercantik 2020.

Ini termasuklah, isteri kepada Putera Harry iaitu Meghan Markle.

Pun begitu, menariknya Mira yang merupakan duta tudung jenama Ariani antara wanita berhijab tersenarai dalam kategori itu selain pelakon jelita Indonesia, Citra Kirana dan personaliti media sosial dari Maghribi, Ihssane Benalluch.

mira filzah
SELAIN Mira Filzah (tengah), Citra Kirana (kiri) dan Ihssane Benalluch antara figura berhijab dalam kategori sama.

Terdahulu, TC Candler menerusi laman sosial Instagram @tccandler memaparkan foto pencalonan Mira Filzah sebagai 100 Wanita Tercantik 2020.

Iklan

Gambar Mira Filzah yang menggayakan tudung bawal polos rona coklat dan blaus bintik polka hitam dan putih tersebut turut mendapat 17,079 jumlah likes daripada peminat dan penyokong. 

Lebih mengujakan pada kapsyen posting berkenaan juga mempamerkan hashtag #malaysia.

Iklan

Direkodkan, Mira Filzah sah bergelar isteri kepada Wan Emir Astar Wan Mohammad Khair-il Anuar, 30, dengan sekali lafaz di Bukit Kiara, Kuala Lumpur pada 3 September lalu.

Dalam perkembangan berkaitan pelakon Fattah Amin juga tercalon bagi kategori 100 Lelaki Paling Kacak 2020.