Misteri kehilangan akaun Instagram Scha AlYahya terjawab

A
A
A

SEJAK semalam ramai yang tertanya-tanya tentang kehilangan akaun Instagram pelakon dan pengacara Scha AlYahya yang tidak boleh diakses.

Masing-masing mula membuat pelbagai andaian dan meluahkan kebimbangan, apatah lagi Scha membuat hantaran berbunyi “I’ve had enough” pada petang hari sama sebelum akaun tersebut tidak lagi kelihatan.

Mahu mengetahui apakah yang sebenarnya terjadi, ramai pengikut dan peminat Scha membanjiri ruangan komen Instagram suami Scha iaitu Awal Ashaari untuk mendapatkan kepastian tentang perkara tersebut.

Sebelum hilang secara tiba-tiba semalam, akaun Instagram milik Scha itu mempunyai 5.4 juta pengikut.

Bagaimanapun persoalan tersebut terjawab hari ini apabila Scha yang kini sedang hamil lima menjelaskan kejadian itu berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang dilakukannya ketika mahu membuat link ke akaun Facebook.

"Saya silap deactivated akaun sebab nak link kan akaun perniagaan Facebook. Kalau nak dicerita, panjang pula. Saya ringkaskan, begitulah situasinya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Scha berkata, dia dia kini sedang cuba untuk mengemas kini kembali akaun tersebut dan akan memaklumkan kepada para pengikutnya apabila maslaah tersebut berjaya diatasi.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca