Mizz Nina dedah kenal suami sejak 2015, ramai gembira lihat kebahagiaan bersama Essam

SELEPAS hampir tiga bulan melayari bahtera perkahwinan, penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina akhirnya melangsungkan majlis resepi bersama pasangan, Essam Muhammad di sebuah acara tertutup malam Ahad lalu.

Majlis persandingan tersebut diadakan di sebuah ruang acara bertempat di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur dengan dihadiri oleh ahli keluarga dan kenalan rapat.

Dalam perkembangan terbaru pemilik nama sebenarnya Shazrina Azman itu tampil berkongsi detik perkenalannya dengan suami di aplikasi TikToknya.

Menerusi rakaman video berdurasi satu minit, Mizz Nina memberitahu dia mengenali suami pada tahun 2015 di sebuah festival.

Pada waktu itu, Essam datang berjumpa dengannya dan memperkenalkan diri.

“Ramai yang nak tahu bila dan di mana kami berjumpa. Kami berjumpa di sebuah festival dan ianya pada tahun 2015.

Baca juga Terpancar kebahagiaan, Mizz Nina dan Essam serba putih sempena resepsi di Kuala Lumpur, berseri-seri pengantin baru

“Pada waktu dia datang kepada saya dan berkata Assalamualaikum, nama saya Essam.

Tambah penyanyi lagu ‘Take Over’ ini, mereka sempat berbual semasa pertemuan tersebut.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warga maya meluahkan rasa gembira melihat kebahagiaan yang dimiliki oleh Mizz Nina sekarang.

“Tahniah, akhirnya jumpa pasangan yang benar-benar menghargaimu.”

“When finally u find the right one , it feel like finally you found your long lost missing piece puzzle.”

“Jodoh rahsia ALLAH. Semoga kekal till Jannah. You deserved to be happy.”

Iklan

Baca juga Pertama kali sambut Aidiladha bersama suami baru, Mizz Nina jelajah 4 negara dalam masa 2 minggu

“The true jodoh for Mizz Nina. Perempuan yang baik untuk lelaki yang baik.”

“Terserlah kebahagian Nina and husband.”

Mizz Nina terdahulu berkongsi khabar gembira mengenai pernikahannya dengan suami, penyanyi rap berdarah kacukan Maghribi-Amerika Syarikat itu.

Iklan

Pasangan tersebut disatukan dalam ijab kabul yang berlangsung secara tertutup di luar negara pada suku tahun kedua tahun ini.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!