MK bangkit semangat pelajar SPM 2022

MK - K-CLIQUE - PPTI
MK - K-CLIQUE - PPTI
A
A
A

"Real comeback is possible.” Demikian kata penyanyi MK K-Clique yang ditujukan kepada pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022, Nur Aisyah Muhamad Azuan yang memperoleh gred A- (Cemerlang) bagi subjek Kimia yang mana sebelumnya pada peperiksaan akhir hanya mendapat 9 peratus.

MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, berkata, tiada kejayaan tanpa usaha serta tiada kejayaan tanpa pengorbanan.

“Adik Nur Aisyah antara pelajar yang mengikuti pengajian tambahan di Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI. Difahamkan pada peperiksaan akhir subjek Kimia gagal.

“Alhamdulillah, berkat usaha dan dibantu dengan tenaga pengajar, dia berjaya memperoleh A-. Bagi saya, ini sesuatu yang cukup membanggakan.

“Betul kata orang, hendak seribu daya tak hendak seribu dalih. Jika kita terus berusaha tanpa mengenal erti jemu, insya-ALLAH kejayaan itu pasti berpihak kepada kita. Pencapaian diraih adik Nur Aisyah adalah buktinya," katanya.

MK yang juga Duta PTTI berkata, kejayaan Nur Aisyah diharap menjadi pembakar semangat buat semua pelajar SPM akan datang.

Secara keseluruhan Nur Aisyah yang juga pelajar dari Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam, Selangor itu mendapat 7A dan 4B.

Terdahulu, MK selamat melangsungkan penikahan dengan gadis pilihannya, Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, di Masjid Jami'il Huda, Kampung Melayu Ampang, pada 16 Jun lalu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca