MK jadi pelaris, muzik video Peluang Kedua Nabila Razali cecah 1 juta

Nabila Razali & MK K-Clique
Nabila Razali & MK K-Clique
A
A
A

PENYANYI Nabila Razali meluahkan rasa syukur dan terharu apabila muzik video single terbaharunya, Peluang Kedua meraih jumlah tontonan sebanyak 1 juta dalam tempoh sehari dimuat naik di saluran YouTube.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 27, pencapaian tersebut mengulangi rekod single hitnya, Pematah Hati sebelum ini dan mengakui ia sangat bermakna buat kerjaya seninya.

“Alhamdulillah, saya terharu kerana muzik video Peluang Kedua yang dimuat naik pada Selasa lalu mencapai 1 juta tontonan dalam tempoh singkat.

“Ia mengulangi kejayaan Pematah Hati pada tahun 2017 lalu. Mungkin ia biasa bagi orang lain tapi ia satu kejayaan besar buat saya,”

“Sebenarnya saya tidak meletakkan harapan terlalu tinggi kerana sebelum ini lirik video yang dimuat naik pada April lalu sudah pun mencecah 12 juta tontonan,” ujarnya.

Menariknya, lagu ciptaan Hael Husaini dan MFMF itu turut menampilkan penyanyi rap MK K-Clique sebagai hero dan juga rakan duet.

Nabila turut tidak menolak sambutan hangat lagu berkenaan juga disebabkan MK K-Clique yang mempunyai ramai peminat wanita.

“Sudah tentu kredit bukan pada saya seorang kerana saya percaya MK juga menjadi faktor untuk orang ramai tonton muzik video ini berulang kali.

“Dia juga memberikan kerjasama dalam mempromosikan lagu tersebut sejak dimuat naik Selasa lalu,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila turut berterima kasih kepada tim produksi Ghzmsn Studio dan pengarah Lily Samsuddin yang bertanggungjawab memberi kualiti terbaik dalam muzik video tersebut.

“Selain kami juga, orang-orang kuat di belakang tabir patut diberikan ucapan tahniah kerana kejayaan ini.

“Bayangkan banyak dugaan yang kami lalui ketika proses penggambaran terutamanya bermain dengan cuaca yang ketika itu musim hujan dan sejuk di Cameron Highlands,” ujarnya.

Lagu Peluang Kedua versi baharu itu kini boleh didapati di semua pelantar strim bermula Jumaat lalu.

 

(FOTO: Instagram Nabila Razali)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca