Muat naik babak filem House of Gucci di Instastory, Ameera Khan terima kecaman ramai

A
A
A

PEMPENGARUH media sosial terkenal, Ameera Khan mendapat kecaman daripada warga maya apabila memuat naik beberapa babak daripada filem House of Gucci di Instastory miliknya ketika menonton filem itu di pawagam.

Tidak berpuas hati dengan tindakan Ameera yang juga merupakan adik kepada selebriti popular Neelofa, seorang pengguna Twitter bernama Arsya Ridzuan tampil mendedahkan perkara itu menerusi satu ciapan kepada Twitter rasmi Golden Screen Cinema (GSC).

“Hi @GSCinemas mengapa (tindakan) ini dibenarkan di panggung wayang anda? Dan, mengapa ada orang masih buat benda ini? 2022,” tulisnya.

Pendedahan tersebut mendapat perhatian daripada pihak GSC yang segera memberi respon terhadap ciapan berkenaan dengan menegaskan apa-apa jenis rakaman isi kandungan sebuah filem di pawagam adalah dilarang dan perkara tersebut telah mendapat perhatian serius daripada pihak mereka.

“Kami memandang serius perkara ini dan telah melaporkan insiden ini kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan lanjut,” tulis GSC.

Rata-rata warga maya mempersoalkan sikap tidak bertanggungjawab Ameera dan mahu pihak berkenaan mengambil tindakan tegas agar perkara sama tidak berulang dan menjadi ikutan orang lain.

Filem House of Gucci akan ditayangkan secara rasmi di pawagam Malaysia bermula 13 Januari ini. Bagaimana tayangan khas filem berkenaan telah dianjurkan lebih awal untuk pihak media dan selebriti tempatan.

 

(FOTO: Instagram Ameera Khan)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca