Muhamad Naim Sadoon dinobatkan juara perdana Dai'e Muda Yadim

A
A
A

PENTAS akhir Dai'e Muda Yadim (DMY) menyaksikan peserta dari Selangor, Muhammad Naim Sadoon, 27, dinobatkan sebagai juara perdana, program realiti  TV yang julung kalinya dianjurkan oleh Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) pada Sabtu.

Naim yang tampil menyampaikan tazkirah bertajuk Indahnya Syukur menerusi tugasan secara solo dan Jalan Pulang untuk persembahan secara berkumpulan itu membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000, trofi dan sijil.

Penceramah bebas dan graduan lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir itu juga menerima Anugerah Khas Dai'e Muda Murabbi beserta wang tunai berjumlah RM3,000 dan elaun latihan bernilai RM10,000, trofi dan sijil.

“Terima kasih kepada Yadim, TV Al-Hijrah dan guru-guru saya atas kemenangan ini. Mudah-mudahan kemenangan ini menjadi perintis semangat untuk saya terus berdakwah dan istiqamah pada masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Nurhamizah Salleh menerima Anugerah Khas Dai'e Muda Muslimah, Hifdzi Zaim Zamri (Dai'e Muda Antarabangsa), Am Iskandar Masnan (Dai'e Muda Bestari) dan Puteri Balqis Alias (Dai'e Muda Techno).

Masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM3,000 dan elaun latihan bernilai RM10,000 beserta trofi dan sijil.

Barisan finalis yang beraksi di pentas akhir Dai'e Muda Yadim - FOTO: Yadim

 

Peserta lain yang turut bertanding ialah Ahmad Afif Zahari, Muhammad Zuhdi Muzni, Aisyah Ishak, Aniz Zurain Che Ab Rahim dan Rita Nursuhaila Ridzuan.

Kesemua finalis diadili oleh barisan juri yang terdiri daripada Ustaz Zul Ramli M. Razali, Ustazah Datuk Dr. Nor Hafizah Musa dan Ustaz Mohamad Zarifi Daud.

DMY merupakan sebuah program yang melatih dan memberi pendedahan kepada golongan muda berumur 21 hingga 30 tahun yang mempunyai latar belakang akademik agama menerusi modul latihan yang meliputi tiga aspek utama iaitu sahsiah, kemahiran dan pengetahuan.

Dalam acara sama turut diadakan pelancaran Kempen Bulan Dakwah 2020 yang disempurnakan oleh Yang Dipertua Yadim, Ustaz Nasrudin Hassan.

Sebanyak 2,000 aktiviti telah dirancang sepanjang Bulan Dakwah yang berlangsung pada 3 Oktober hingga 30 November depan.

Pentas akhir DMY yang dihoskan oleh  Ustaz Hariri Daud dan Ustazah Wan Hazila Wan Azrei itu berlangsung di Auditorium Cempaka Sari Putrajaya dan disiarkan secara langsung di TV AlHijrah,  jam 9 malam, pada Sabtu.

 

(FOTO: TV AlHijrah & Yadim)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca