“Mulai hari ini saya tidak akan memberi apa-apa update lagi tentang keadaan Nad Zainal,” – Ungku Ismail

UNGKU ISMAIL
UNGKU ISMAIL
A
A
A

PELAKON Ungku Ismail kecewa apabila niat baiknya berkongsi perkembangan terkini kesihatan Nad Zainal disalah ertikan, malah dianggap sebagai mencari publisiti.

Lebih membuat dirinya terkilan apabila cerita tentang hubungan rapatnya dengan Nad seolah-olah didahulukan berbanding keadaan terkini Nad yang kini masih dirawat di unit rawatan rapi sebuah hospital di ibu kota.

“Kecewa. Bila saya sentiasa ikhlas menyampaikan perkembangan terkini tentang keadaan Nad Zainal, ada pihak yang cuba rephrase cakap saya seolah saya ini batak dan gelojoh tentang perhubungan dan kerja.

“Seolahnya saya ni mengambil kesempatan dari keadaan ini, untuk promosi diri dan kerja saya sehingga ada kenyataan menyentak perasaan, menukil persoalan tentang akal dan kematangan saya.

“Ada perkataan perkataan yang saya tak ada sebut pun. Yang saya minta push dengan heading provoke semua untuk berdoa untuk Nad, hanya awalan sahaja. Pudar sudah, dijoloknya dengan hal peribadi yang tidak tepat dan ajakan berdoa itu menjadi minor dan irrelevant,” ujarnya.

Menerusi perkongsian yang dilakukan di Instagram story, pelakon berusia 36 tahun itu berkata, ketika ini bukan masa yang sesuai untuk bercerita tentang perkara lain termasuk kerjaya, melainkan keadaan kesihatan Nad.

“Ini sudah bukan apa saya mahu daripada press untuk sebarkan berita tentang keadaan Nad. Nyawa dan kesihatan dia yang utama, keduanya emosi dan perasaan ahli keluarga, kawan-kawan dan beberapa pihak lain.

“Ini pasti bukan masanya untuk menjaja apa-apa cerita tentang hubungan dan kerjaya. Ini waktu untuk memberitahu update tentang kesihatan Nad.

"Saya yakin ini yang orang nak tahu, bukannya benda merepek dan sensitif tanpa menghormati keperibadian masing-masing,” tegasnya.

Terkilan dengan apa yang berlaku, Ungku yang juga hero drama Cina Buta itu membuat keputusan untuk tidak lagi berkongsi atau membuat sebarang kenyataan berhubung perkembangan terkini kesihatan teman baiknya itu.

“Mulai hari ini saya tidak akan memberi apa-apa statement update lagi tentang keadaan Nad Zainal dan apa sahaja, sila rujuk pada sumber yang lain. Terima kasih,” katanya yang memohon orang ramai terus mendoakan kesihatan Nad agar kembali sembuh seperti sedia kala.

Terdahulu dunia hiburan dikejutkan dengan berita Nad, 32, dalam keadaan kritikal selepas dimasukkan ke hospital sejak Ahad minggu lalu akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca