KUMPULAN rock terkenal antarabangsa, Muse bakal mengadakan persembahan eksklusif menerusi konsert jelajah dunia, Will of The People di Kuala Lumpur pada 29 Julai depan, sekali gus menjadikan Malaysia lokasi tunggal persinggahan di rantau Asia.

Hello Universe selaku penganjur turut mengharapkan agar pemilihan Kuala Lumpur sebagai satu-satunya persinggahan jelajah dunia kumpulan tersebut dapat menaikkan prestij Malaysia di mata dunia sebagai destinasi konsert pilihan untuk artis-artis antarabangsa.

Ketua Pegawai Eksekutif Hello Universe, Adam Ashraf, berkata, pihaknya teruja apabila pemenang anugerah Grammy sebanyak dua kali itu memilih Malaysia sebagai destinasi konsert jelajah mereka di Asia.

“Kami sangat berbesar hati akhirnya dapat mengumumkan bahawa Will of The People one night only special for Asia, akan diadakan di Malaysia.

“Sebelum ini, pihak kami menunggu hampir lima bulan untuk mereka bersetuju, selain mengadakan perbincangan dengan wakil pengurusan Muse di London,” ujarnya,

Namun di sebalik pelbagai cabaran bagi membawa Muse ke Asia dan menjadikan Malaysia sebagai satu-satunya destinasi persinggahan konsert Will of The People di rantau ini, pihak penganjur yakin dapat menarik ramai peminat kumpulan rock itu dari setiap pelusuk negara dan benua terutamanya dari rantau Asia Tenggara, Asia Utara dan Australia.

“Kami mensasarkan antara 60,000 hingga 100,000 penonton yang akan hadir untuk menyaksikan konsert luar biasa ini di Malaysia,” katanya yang akan mengumumkan lokasi konsert tersebut dalam masa terdekat.

Tidak sabar

Tampil dengan persembahan hebat di setiap lokasi jelajah yang disinggahi, konsert jelajah dunia Will of The People 2023 di Kuala Lumpur juga tidak terkecuali dan bakal menyaksikan sesuatu yang luar biasa daripada kumpulan asal England itu.

Penganjuran konsert tersebut juga secara tidak langsung dapat meleraikan penantian peminat yang selama ini cukup mengharapkan kumpulan itu kembali mengadakan konsert secara langsung dan eksklusif di Malaysia.

Iklan

“Kami sangat berbesar hati untuk datang dan membuat persembahan di negara yang indah dan menakjubkan ini.

“Akhirnya dapat kembali ke Malaysia pada 29 Julai 2023 dan tidak sabar untuk berjumpa anda semua di sana,” ujar Muse dalam satu kenyataan.

Iklan

Terdahulu Muse kali terakhir mengadakan konsert di Asia pada tahun 2019 menerusi jelajah konsert Teori Simulation yang berlangsung di Singapore Grand Prix, manakala konsert terakhir di Kuala Lumpur pula pada 2007.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.