PELAKON Sharnaaz Ahmad melihat keputusan bekas isterinya, Noor Nabila Mohd Noor untuk mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran Zainal Abidin sebagai perkara baik.

Menurut Sharnaaz atau nama penuhnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 36, Nabila juga berhak untuk mencari kebahagiaannya sendiri.

“Nabila berhak untuk mencari kebahagian dia sendiri, dia pun masih muda.

“Bagi saya untuk dia mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran, adalah satu benda yang sangat baik.

“Dan saya sebagai bekas suami pada Nabila, ingin mengucapkan selamat pengantin baru pada Nabila dan Engku Emran. Semoga bahagia hingga ke anak cucu.

“Jaga Jebat elok-elok,” ujarnya menerusi video pendek yang dimuat naik menerusi akaun Instagram miliknya.

Sharnaaz memberitahu, hidupnya kini lengkap dengan kehadiran Jebat Jayden Ahmad.

 

Dalam pada itu, ramai pengikut Instagram Sharnaaz turut mendoakan aktor itu segera bertemu jodoh.

Iklan

Nabila dan Sharnaaz berkahwin pada 31 Mac 2017 dan bercerai secara hakam di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden Ahmad, 3 tahun.

Iklan

Nabila kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan bekas suami Erra Fazira dan Laudya Cynthia Bella iaitu Engku Emran pada pagi Jumaat dengan sekali lafaz.

Berita Berkaitan Noor Nabila, Engku Emran Sah Bergelar Suami Isteri