Nabila Huda pertahan barisan juri The Masked Singer Malaysia
PROGRAM hiburan, The Masked Singer Malaysia, sudah hampir sampai ke penghujungnya dan barisan peserta yang mara ke peringkat separuh akhir juga sudah diketahui.
Selain barisan juri yang masih giat meneka siapa individu di sebalik topeng, penonton di rumah juga tidak ketinggalan untuk meneka di samping klu-klu yang diberikan sebelum peserta memulakan persembahan.
Namun di sebalik kerancakan itu, penonton di rumah sudah mula ‘bergaduh’ dengan sembilan juri terlibat iaitu Datuk Aznil Nawawi, Remy Ishak, Nabila Huda, Raja Azura, Zizan Razak, Ramona Zam Zam, Michael Ang dan Angah Raja Lawak.
Ada segelintir netizen mudah menyelar juri terlibat dan melemparkan kata-kata kurang enak.
Situasi itu menarik perhatian Nabila yang merasakan penonton tidak sepatutnya emosi jika juri salah meneka.
“Guys, why so serious? Relax la... The Masked Singer Malaysia ni bukan game show yang korang nak emosi juri teka salah tu kenapa?
“Dari episod pertama kita tak boleh orang sama kalau juri lain dah sebut.
“Apa-apa pun jawapan dari juri tu jangan la emosi. Kami semua tahulah apa jawapan dia. Kalau semua juri kau nak positif, bijak, nak baik je, korang tak bosan ke tak ada warna kat meja juri tu? Cuma enjoy je dengan program. Ini tak habis-habis asyik nak 'complain' saja.
"Kalau semua sebut betul dari episod satu, tidak ada warna lah program ini. Sama saja macam program TV yang lain. Ini bukan rancangan pertandingan. Ini adalah program hiburan, keluar pun di Astro Warna, kenapa nak kena serius? " luahnya menerusi akaun Twitter miliknya.
Tambah Nabila, pihak produksi juga mempunyai sebab tersendiri memilih sembilan selebriti dari latar belakang dan pencapaian berbeza dalam industri.
"Kalau anda nak tahu ada sebab kenapa panggil sembilan juri. Anda tak nampak perwatakan dan sikap semua berbeza. Pencapaian masing-masing dalam industri pun lain-lain. Mereka menggabungkan dari cabang berbeza di satu meja. Jadi, kira hebatlah Astro boleh fikir macam tu.
"Tak perlu la nak rasa annoyed atau benci dengan setiap daripada kami. Kami di sini untuk menghiburkan anda. Anda fikir kak Raja (Raja Azura) tu bodoh ke? Dia orang lama. Dia makan garam dulu dari kita semua. Kalau kiri kanan nampak bijak, mesti kena tengah lain. Nak bagi seimbang.
"Berhenti asyik nak complain dan nak annoyed. Semua benda nak sempurna. Bagi hiburan di TV pun nak complain. Suruh duduk rumah pun nak complain. Tayang program ulang-ulang di TV pun complain. Semua benda tak puas hati. Nak jadi sempurna tapi diri sendiri terumbang-ambing," ujarnya.
The Masked Singer Malaysia disiarkan setiap Jumaat, jam 9 malam dari Teater Shah Alam menerusi saluran Astro Warna (CH127) dan Warna HD (CH107).
Program tersebut dikendalikan Datuk AC Mizal manakala Izzue Islam dan Elly Ariffin bertindak selaku hos siri Live+.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang