Nabila Huda terima vaksin, warganet keliru prosedur untuk bekas pesakit Covid-19

A
A
A

PELAKON berbakat besar, Nabila Huda berkongsi khabar gembira bahawa dia dan suaminya, Mohd Izwan Johar, sudah menerima suntikan vaksin dos pertama pada Ahad lepas.

Bagaimanapun khabar gembira itu menerima reaksi pelbagai daripada pengikut Instagramnya, lebih-lebih anak kepada rockers, Amy Search ini baharu sahaja dijangkiti virus Covid-19 lebih kurang sebulan lalu.

Rata-rata mempertikaikan bagaimana Nabila atau mesra disapa dengan panggilan Abil boleh mengambil vaksin disebabkan bekas pesakit Covid-19 perlu menunggu dalam tempoh tiga hingga enam bulan sebelum dibenarkan mengambil vaksin.

Tidak berdiam diri dengan pertanyaan pengikutnya, Nabila, 36, memberitahu, sudah memaklumkan kepada doktor di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bahawa dia merupakan bekas pesakit Covid-19.

“Saya pergi ke sana (PPV) mengikut tarikh yang diberikan di MySejahtera. Saya beritahu doktor bahawa saya adalah bekas pesakit Covid-19 dan dia kata saya boleh teruskan (mengambil vaksin).

“Salah saya ke? Apa sebab saya tak nak jujur ni? Saya ok je, lambat ke cepat ke untuk ambil vaksin sebab nanti akan ambil vaksin juga.

“Lagipun saya tak ada masalah pun sebab saya hanya di rumah dan takut untuk keluar rumah. Mungkin sudah rezeki untuk saya ambil awal. Janganlah persoalkan dan cakap saya tak jujur,” jelasnya.

Dalam pada itu, kebanyakan pengikut Nabila berpendapat, pelakon itu tidak sepatutnya dipersalahkan kerana dapat mengambil vaksin lebih awal daripada yang dimaklumkan.

Sebaliknya pihak berwajib yang sepatutnya menjelaskan kekeliruan ini kerana menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada Februari lalu, bekas pesakit Covid-19 boleh dipertimbangkan untuk menerima suntikan vaksin sekiranya tiada antibodi dikesan dalam tempoh antara tiga hingga enam bulan selepas pulih.

Sementara itu, salah seorang pengikut Nabila memaklumkan, bapanya juga disahkan positif pada 4 Mei dan sudah mengambil vaksin dos pertama pada 31 Mei yang lalu.

isqai.my : "Saya dah rujuk doktor, boleh amik vaksin walaupun tak sampai 3 bulan positif covid jika tiada lagi simptom. Abah saya positif 4hb May dan dia baru je amik vaksin pada 31 May. Setakat ni dia baik sahaja."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca