Nad Zainal hamil anak kedua

Nad Zainal - SinarPlus
Nad Zainal - SinarPlus
A
A
A

PELAKON Nad Zainal berkongsi berita gembira bakal menimang cahaya mata kedua apabila kini sedang hamil empat bulan.

Perkongsian tersebut dibuat Nada tau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin, 30, menerusi laman Instagramnya pada Jumaat.

“Bismillahirahmanirrahim perjalanan sembilan bulan bermula. Yem (anak pertama) nak jadi abang long,” tulisnya.

Difahamkan pelakon yang kini hangat dengan drama Hati Yang Tersakiti itu masih bekerja seperti biasa dan menjalani rutin harian normal kerana tidak mengalami sebarang alahan pada kandungan keduanya itu.

Nad mendirikan rumah tangga dengan suami, Muhammad Faliq Amirudin pada 18 Disember 2015 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Fahad Ibrahim yang kini berusia empat tahun.

 

(FOTO: Instagram Nad Zainal)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca