Najwa Latif, Akwa Arifin kembali bersatu dalam Dua

Najwa Latiff & Akwa Ariffin
Najwa Latiff & Akwa Ariffin
A
A
A

SELEPAS kolaboratif pertama menerusi lagu Tak Kisahpun, mendapat sambutan ramai,  penyanyi Najwa Latif dan Akwa Ariffin sekali tampi bergandingan untuk single terbaharu mereka berjudul Dua.

Menurut Najwa, lagu tersebut sebenarnya merupakan lagu pertama yang sepatutnya menyaksikan gandingannya bersama Akwa sebelum tercipta lagu Tak Kisah Pun.

“Proses penciptaan lagu ini bermula sekitar tahun 2013 iaitu kira-kira 7 tahun lalu dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

“Mungkin ada hikmahnya atas kelewatan untuk mengeluarkan lagu itu, kerana ia secara tidak langsung memberi laluan kepada single  Tak Kisah Pun yang dilancarkan Jun lalu.

“Apa pun, saya mengharapkan agar lagu ini diterima baik seperti mana lagu Kosong dan Satu di mana secara tidak langsung merupakan susuan nombor,” ujarnya.

Mengulas tentang penghasilan single tersebut, kata Najwa, perjalanan dan pembikinan lagu tersebut sangat santai dan dihasilkan ketika tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

“Sebenarnya, versi akustik lagu ini sudah muat naik di YouTube setahun yang lalu. Disebabkan ramai yang suka, kami setuju untuk merakamkannya,” katanya yang meminati karya-karya yang ditampilkan Akwa di Youtube.

Single Dua yang berkisar tentang mesej menerima seseorang itu seadanya itu, dihasilkan oleh Najwa dan adik beradik yang menggelarkan diri mereka sebagai Ellgee. Manakala lirik pula dihasilkan dengan kerjasama Akwa.

Tambah Najwa lagi, dia amat teruja dengan penghasilan lagu terbaharu itu, apatah lagi ia merupakan single kedua syarikat rakamannya sendiri, NL Entertainment.

Menariknya, selepas dua hari dilancarkan, muzik video rasmi Dua berjaya meraih hampir 200 ribu tontonan. Ia boleh ditonton menerusi pautan https://www.youtube.com/watch?v=CAbv4AojGx8

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca