Nama tak ‘in’ sebab terlalu ‘old skool’, Sarimah Ibrahim syukur rezeki kekal dalam industri

SELEBRITI dan pengacara, Yang Mulia Che Puan Sarimah Ibrahim tampil meluahkan rasa bangga dengan namanya sendiri walaupun dianggap seperti ‘old skool’.

Menerusi satu ciapan di platform X, selebriti berusia 44 tahun itu mengatakan nama yang dikurniakan kedua ibu bapanya adalah aset utama dalam kehidupannya.

Beliau juga tidak menafikan mempunyai nama klasik agak mencabar kerana sering dianggap ketinggalan zaman.

Pun begitu, nama Melayu itulah yang mendorong dirinya untuk menjadi lebih baik dalam kehidupan selain masih kekal mencipta nama dalam industri tanah air.

“Salah satu aset utama saya dikurniakan dan bersyukur dengan adalah nama saya yang Melayu tradisional.

“Nama yang dulu ramai kata tak ‘in’ sebab terlalu ‘old skool’.

Baca juga Kekal cantik pada usia 43 tahun, rupanya ini rahsia awet muda Sarimah Ibrahim

“Tetapi anda tahu tak nama saya inilah yang membantu saya bangun dan kekal dalam industri (hiburan) kita,” tulisnya.

Dalam pada itu, Sarimah turut menceritakan serba sedikit mengenai latar belakang hidupnya dalam ciapan yang sama.

Jelas wanita berdarah kacukan Melayu-Irish itu, beliau lancar berbahasa Melayu selepas ibu bapanya menghantarnya di salah sebuah sekolah kebangsaan.

“Alhamdulillah saya masuk sekolah kebangsaan bila membesar jadi saya belajar dengan lancar Bahasa Melayu,” ujarnya.

Menurutnya lagi, bagi mereka yang mahu menceburi industri hiburan, individu itu mestilah mempunyai sifat positif, yang boleh membantu meningkatkan kualiti diri dan juga nama sendiri.

Selain itu, isteri kepada Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar itu turut menasihatkan supaya orang ramai untuk sentiasa bekerja keras mencipta nama selain menyemai nilai-nilai murni kepada awam.

Iklan

Baca juga Pengalaman alami tekanan cetus keinginan Sarimah Ibrahim bantu pesakit mental

Che Puan Sarimah Ibrahim

Sarimah menjelaskan dengan cara tersebut, ia akan membantu individu menghadapi cabaran yang lebih besar di dalam kehidupan.

“Jangan sesekali memandang rendah terhadap sesiapa. Tetap rendah diri. Minta maaf apabila anda melakukan kesalahan. Teruskan kehidupan dan buat lebih baik.

Iklan

“Begitulah cara anda ‘bersedia’ untuk dunia hiburan. Mulakan dari bawah dan bekerja keras. Anda boleh melakukannya,” ujarnya.

Sarimah  mendirikan rumah tangga dengan cucu kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April 2015 dan dikurniakan seorang puteri, Tunku Sofia Najihah yang kini berusia empat tahun.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!