AKTRES dan pengacara, Che Puan Juliana Evans mengumumkan sedang hamil anak keduanya.

Pelakon filem Hantu Bonceng dan Adik Manja Returns itu berkongsi berita gembira kala kandungannya sudahpun mencecah trimester kedua.

Baca juga: ‘Syukur Alhamdullilah.’ Emma Maembong hamil anak kedua buat kejutan untuk suami, Shariq bakal jadi abang

“We are happy to announce our second is on the way and we are excited for it. Doakan yang baik-baik #22weekspregnant #secondtrimester,” titipnya menerusi Instagram.

Terdahulu penampilan ‘baby bump’ Juliana ketika muncul di sebuah majlis menjadi menjadi perhatian dan menimbulkan tanda tanya peminat.

Pelakon berusia 33 tahun itu menerima ucapan tahniah daripada warganet.

Baca juga: Ibu hamil alami masalah pundi kencing pada kehamilan pertama. Ini 7 cara mudah untuk atasinya

Iklan

Untuk rekod, Juliana mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Selangor iaitu Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017.

Pasangan ini dikurniakan seorang puteri Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia empat tahun.

Iklan

Baca juga: Che Puan Juliana Evans tak betah duduk diam

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi