Diumumkan tersingkir, Nana Sheme, Hafiz Zainal gagal melangkah ke konsert separuh akhir Big Stage 2020
PENYANYI Nana Sheme dan Hafiz Zainal gagal melangkah ke peringkat separuh akhir Konsert Big Stage 2020 apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir pada konsert suku akhir yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) malam tadi.
Pada minggu yang mengangkat tema Rotasi 36T itu, Nana Sheme menyampaikan lagu Ngam, nyanyian asal daripada Sophia Liana untuk segmen pertama dan Sejati untuk segmen battle bersama Dinie Rashid.
Manakala Hafiz Zainal pula tampil dengan persembahan lagu Rampas nyanyian Akim & The Majistret dan Bujang Senang untuk segmen battle bergandingan dengan Fadh Majid.
Nana yang mendapat markah sebanyak 66.2 peratus (%) dan Hafiz (68.7%) berada di kedudukan tiga terbawah bersama Dinie Rashid (64.9%) yang terselamat apabila mendapat imuniti daripada juri tetap.
Peserta lain yang turut melangkah ke minggu separuh akhir ialah Fadh Majid, Qody Rany, Usop, Azzam Sham dan Farisha Iris.
Kesemua peserta yang bertanding diadili oleh juri tetap yang terdiri daripada Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir. Manakala Mas Idayu pula bertindak sebagai juri jemputan, selain Elly Mazlein mengisi kerusi Presiden Netizen.
Program yang dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Al-Hadad itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (124) dan Ria HD (104), setiap Ahad, jam 9 malam bermula 16 Ogos lalu.
(FOTO: Azrul Rafie - Astro)
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang