Nash cedera terbabit kemalangan di lebuh raya

Datuk Nash
Datuk Nash
A
A
A

PENYANYI  legenda tanahair, Datuk Jamaludin Elias, atau lebih dikenali sebagai Nash mengalami kecederaan selepas kenderaan yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 250.8 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 4 petang itu, mangsa yang merupakan vokalis kumpulan Lefthanded dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Harrier yang dipandu oleh pemandunya melanggar lopak air, menyebabkan kenderaan tersebut hilang kawalan lalu terbabas melanggar tembok penghadang jalan di sebelah kiri lebuh raya.

"Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan luka di muka dan sakit dada, manakala pemandunya yang berumur 33 tahun, mengalami kecederaan luka-luka ringan," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

 

(OLEH: WARTAWAN SINAR HARIAN - SARINAH MAT KASIM)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca