GANGGUAN tidur berjalan atau somnabulism (sleepwalking) adalah keadaan gangguan tidur di mana seseorang bangun dan berjalan ketika tidur.

Gangguan ini tidak hanya berlaku dengan gerakan berjalan sahaja, mereka yang sedang tidur, kemudian bangun dan duduk di tempat tidur dan melihat sekeliling bilik mereka dalam keadaan yang tidak sepenuhnya sedar juga termasuk dalam gejala gangguan tidur berjalan ini.

Secara amnya, gangguan tidur berjalan berlaku pada kanak-kanak berumur lima hingga 12 tahun.

Walau bagaimanapun, gangguan berjalan kaki boleh mempengaruhi sesiapa sahaja, termasuk orang dewasa dan warga emas.

Begitulah yang terjadi terhadap anak kepada penyanyi, Nourul Wahab Depp atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab ini.

Menerusi posting di Twitter miliknya, anaknya ketiganya mengalami gangguan tersebut yang sangat menakutkan.

“Siapa yang ada anak suka sleep walking? May be masa saya kecik saya lagu tu. La ni jadi kat anak nombor tiga. Dia punya sleep walking semalam menakutkan.

“Nak bukak tingkap and says “i wanna go out!” Nasib ngam-ngan masuk bilik dan nasib tingkap cermin tu dah child lock! Tingkat 20 anak oi!,” tulisnya.

Menurut, Nourul pernah suatu ketika lalu anak hilang ketika tidur.

“Ada sekali tu, jam 2 pagi, bangkit pi (bangun pergi) check bilik depa, (2 boys sleep together); Raphael tak dak. Cari satu rumah. Pintu kunci. Semua kunci. Cari bawah katil dan bawah bench semua tak ada.

“Suspense sat. Sekali dia masuk bilik maid tidur sebelah katil. Eh eh semacam eh!

“Mak pak dah panik. Mama diala yang lebih panik. Raphael ni memang sesuatu. Tu la banyak lagi main game. Semalam tiga kali ulang tengok dia. Risau melampau dah ni. Nak keluar ikut tingkap! Kena hang pagi ni. Mama takleh tidur. Dahlah kena bangun 5.30 pagi,” katanya.

"Nasib tingkap cermin tu dah child lock! Tingkat 20 anak oi!" - Anak Nourul Wahab Depp alami tidur berjalan

Kata Nourul, kejadian yang berlaku malam tadi sangat mengerikan.

Iklan

“Memang malam tadi jam 10.30-11.00 malam berlaku. Kena check selalu. Haaa… buat tak lena semalam mama dia. Risau itu ini. Habis tiga Qul dan ayat Kursi sembur ke muka dia,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata pengikutnya memberikan pelbagai reaksi;

Putera Durian – Berjalan ketika tidur ini juga boleh diwarisi oleh keturunan. Kalau dahulu semasa muda, si ayah atau ibu pernah mengalami masalah berjalan ketika tidur, kemungkinan besar si anak pun akan mengalami masalah yang sama.

TehSidik – Pernahlah dulu time study, kawan sebilik tanya semalam pergi mana, kite boleh lak kate pergi mana… sebab dia tengok kita bangun buka pintu keluar tapi dia tak tegur.

Maria Mariana – Takutnya kak selalu sleep walk macam tu. Dulu mak saya pun pernah cakap saya sleep walk tapi saya tak walk, ada orang angkat saya masuk bilik sebelah sebab saya tak pernah tinggalkan bantal busuk, lepastu ada benda ketuk tingkap rumah ‘jadi’ abah saya minta masuk rumah.

Baca juga Belum terfikir kembali aktif berlakon – Jehan Miskin

Iklan

Sementara itu, menurut portal iluminasi, beberapa langkah boleh diambil untuk mencegah gangguan tidur berjalan antaranya;

1. Pastikan dapat tidur yang cukup dan kualiti tidur yang optimal dengan mengamalkan gaya hiduo dan corak tidur yang sihat.

Termasuklah tidur di dalam bilik yang sejuk, gelap tanpa TV atau cahaya yang terang.

2. Hapuskan segala tekanan yang ada dengan membuat aktiviti yang menyenangkan sebelum tidur.

Boleh juga amalkan membaca buku, mendengar lagu atau alunan al-Quran.

3. Elakkan makan makanan yang pedas atau berat sebelum tidur yang boleh menyebabkan pedih ulu hati yang akan mengganggu tidur.

4. Tidak mengambil minuman berkafein sebelum tidur.

5. Tidak mengambil alkohol kerana ia bantu tidur lebih cepat namun akan membuatkan korang terbangun di tengah malam.

6. Jadikan bilik tidur seluas mungkin.

Semoga bermanfaat!