JIKA sebelum ini pengacara Neelofa dan pelakon Fazura menarik perhatian umum kerana dikatakan mempunyai hubungan dingin berikutan kontroversi yang pernah melanda mereka, kini sebaliknya berlaku.

Peminat dan para pengikut mereka meluahkan rasa gembira apabila kedua-dua selebriti popular itu dilihat seperti sudah ‘move on’ dengan apa yang berlaku sebelum ini.

Paling menarik perhatian tentunya apabila Neelofa dilihat telah memberikan tanda suka atau ‘like’ pada foto Nur Fatima Aisya iaitu anak sulung Fazura dan suaminya, Fattah Amin yang dimuat naik di laman Instagram MeleTOP dua hari lalu.

Rata-ratanya memberikan reaksi yang positif selain mendoakan yang terbaik buat Neelofa dan Fazura, sekali gus mengharapkan mereka melupakan persengekataan lalu.

Apatah lagi masing-masing kini sudah mempunyai kehidupan sendiri, di mana Fazura kini telah bergelar ibu selepas mendirikan rumah tangga bersama Fatah pada 2017. Manakala Neelofa pula bakal mengikut jejak langkah sama untuk ke jinjang pelamin apabila sudah dirisik pelakon dan pendakwah bebas, PU Riz.

Iklan

 

Iklan

(FOTO: Instagram MeleTOP)