Nenek Daler Yusuf meninggal dunia akibat Covid-19

Daler Yusuf
Daler Yusuf
A
A
A

SELEPAS beberapa hari dilaporkan kritikal akibat Covid-19, nenek kepada pelakon Daler Yusuf iaitu Muhammadiyeva Shodi, 76, meninggal dunia di sebuah hospital di Uzbekistan pada Jumaat.

Berita duka tersebut dikongsi pelakon drama Titian Kasih itu menerusi laman Instagramnya hari ini.

Menurut Daler atau nama penuhnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, 28, selepas kematian ibu, arwah neneknya itu telah dianggap lebih daripada seorang ibunya kepadanya.

Tidak dapat menyembunyikan kesedihannya,  pelakon asal Uzbekistan itu berkata setiap kejayaan yang dikecapinya hari ini adalah berkat doa neneknya.

Terdahulu pada Rabu lalu, Daler telah berkongsi keadaan arwah neneknya yang kritikal dan sedang  dirawat di sebuah hospital di Uzbekistan kerana mengalami jangkitam teruk pada paru-paru.

Pada ruangan komen, ramai peminat dan rakan selebriti yang merakamkan ucapan takziah buat Daler, selain memberikan kata-kata semangat buatnya agar terus tabah berdepan kehilangan itu.

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Daler Yusuf)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca