Nenek meninggal, Rody Kristal tak sempat bawa anak kedua jumpa

Rody Kristal
Rody Kristal
A
A
A

GITARIS kumpulan Kristal, Rody berkongsi berita duka atas kehilangan neneknya telah menghembuskan nafas terakhir pada Jumaat.

Tidak dapat menyembunyikan kesedihannya, Rody turut meluahkan momen ketika bersama arwah nenek yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya.

Menurut Rody, dia berasa  lega kerana hasrat Allahyarham untuk melihat dia berumah tangga tertunai.

“Saya adalah cucu 1st batch yang paling lambat kahwin. Adek saya yang bongsu pun kahwin dulu.

“Arwah Tok selalu tanya ‘marka hang ok ka?’ Ok tok.. selang beberapa bulan kemudian.. ‘ni marka mana pulak?’

“Nak sangat tengok saya kahwin, takut tak sempat dia kata. Sampailah saya jumpa jodoh dengan isteri, Niena Azman.

“Ya Allah.. happynya sebab Tok dapat tengok. Sampailah dia tengok cicit, Adithya Jabbar,” ujarnya

Bagaimanapun Rody sedikit terkilan tidak sempat membawa anak kedua, Barie Habibullah berjumpa dengan nenek sebelah bapanya itu.

“Sayangnya niat nak bawa cicit Barie Habibullah minggu ini, tak kesampaian. Allah lebih menyayangi Tok.

“Tok ni dia akan murung dan sakit kalau cucu-cucu dia tak datang tengok. Hilang sakit dia bila cucu datang sebab dia suka borak-borak.

“Sampailah aku ingat yang dia nak pergi semalam, mungkin sebab lama tak melawat dia kot. Kali terakhir raya puasa hari tu.

“Tapi itulah, dalam kehidupan kita ini yang pasti kematian itu adalah benar. Kena reda dengan qada dan qadar. Al Fatihah,” luahnya

 

(SUMBER/FOTO: Instagram Rody Kristal)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca