Nenek Zizan Razak meninggal dunia

Zizan Razak
Zizan Razak
A
A
A

PELAKON dan pelawak, Zizan Razak berkongsi berita duka kehilangan neneknya, Zainoon Abdullah yang meninggal dunia di Hospital Dungun, Terengganu pada jam 11.57 pagi tadi.

Zizan, 36, memaklumkan berita tersebut menerusi laman Instagram miliknya sebentar tadi.

“Al Fatihah buat Zainoon Abdullah yang baru sahaja menghembuskan nafas terakhir jam 11.57 pagi tadi.

“Semoga rohnya dicucuri rahmat dan bersama orang orang yang beriman juga dipermudahkan segalanya,” tulis Zizan ringkas.

Pelakon filem Polis Evo itu sebelum ini pernah beberapa berkongsi tentang keadaan kesihatan arwah neneknya yang tidak begitu baik sejak awal September lalu.

Malah Zizan sejak akhir-akhir ini juga sering berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Terengganu untuk bersama keluarga dan memberikan sokongan pada arwah.

 

(FOTO: Instagram Zizan Razak)

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca