GARA-GARA kecewa apabila 21,000 tempat duduk di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) terpaksa dikosongkan untuk memberi laluan kepada persiapan konsert penyanyi popular Taiwan, Jay Chou, netizen Malaysia bertindak menyerang akaun Instagram penyanyi itu.

Rata-ratanya meluahkan rasa tidak puas hati apabila sebilangan penyokong bola sepak gagal mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) AFF 2022 berdepan Thailand, Sabtu ini.

Difahamkan penutupan sebahagian tempat duduk tersebut dilakukan kerana kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert artis antarabangsa itu yang bakal berlangsung pada 15 Januari depan sedang giat dijalankan.

“21,000 bukan sikit mat, pedih-pedih,” ujar salah seorang netizen menerusi ruangan komen Instagram penyanyi itu pada Khamis.

Tidak kurang juga yang meminta Jay Chou menangguhkan konsert tersebut bagi memberi laluan kepada penyokong skuad Harimau Malaya hadir mengisi segenap ruang SNBJ untuk menyaksikan perlawanan penting itu.

Terdahulu Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh memberitahu, kerja pemasangan berkenaan telah ditempah awal semenjak Mac 2019. Beliau berharap peminat bola sepak dapat menerima hakikat mengenai perkara tersebut.

Iklan

Dalam pada itu, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan menerusi akaun media sosialnya memaklumkan sebanyak 59,000 tiket bagi aksi separuh akhir tersebut habis terjual tidak sampai sehari penjualan dibuka.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.