Netizen teruja dengar Yuna bertutur loghat ‘Peghelih’

Untitled design (18)
Untitled design (18)
A
A
A

JIKA sebelum ini pelakon Fikry Ibrahim mengajar peminat dan rakan artis bertutur loghat Kedah, kini giliran penyanyi terkenal, Yuna, menarik perhatian ramai dengan loghat ‘Peghelih’ (Perlis).

Namun apa yang berbeza, Yuna menjelaskan sesuatu ayat itu dalam Bahasa Inggeris sebelum dialih bahasa kepada loghat ‘Peghelih’.

Lucunya, siap dengan mimik muka lagi sehingga ada orang Perlis sendiri yang mengakui tergugat dengan cara Yuna.

Jelas Yuna atau nama penuhnya Yunalis Zarai, dia sebelum ini pernah membesar di salah sebuah daerah di Perlis iaitu Kangar.

Cari gadis yang boleh buat kedua-duanya. Saya selalu bertutur dalam loghat Peghelih ketika membesar di sebuah pekan kecil bernama Kangaq (Kangar), Perlis.

“Ia terletak di utara negara Malaysia, bersempadan dengan Thailand.

“Buat semua orang di utara, saya sayang anda,” tulisnya di Instagram.

Tidak hanya menarik perhatian peminat dan selebriti tempatan, video yang sudah ditonton hampir 300,000 di Instagram miliknya, turut mendapat perhatian rakan selebriti antarabangsa.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca