"Ni baru aktor hebat..." - Ogy Ahmad Duad puji pelakon Squid Game
PELAKON veteran dari Korea Selatan yang membintangi siri popular dunia, Squid Game, Oh Young-soo memenangi trofi Pelakon Pembantu TV Terbaik di Anugerah Golden Globe 2022 yang berlangsung di Beverley Hills, California pada Isnin.
Kemenangan Young Soo yang membawakan watak pemain nombor 001 itu mendapat perhatian ramai termasuk seniwati Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali sebagai Ogy Ahmad Daud.
Menurut Fauziah, aktor berusia 79 tahun itu membuktikan tanpa pengikut media sosial yang berjuta, tetap mampu menambat hati juri Hollywood.
"Ni baru aktor hebat. Terusa menang Best Supporting Actor Anugerah Golden Globe 2022.
"Tak perlu juta-juta followers, mutu lakonan dan fahaman watak telah menambat para juri Hollywood untuk menganugerahkan Oh Young-soo, pelakon drama bersiri Squid Game sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.
"Tak ada pun dia terima panggilan 'otai', tetapi dia dihormati sebagai aktor senior, dihargai bakat, pengalaman ilmu yang ada pada dirinya," tulis Ogy menerusi Instagram miliknya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang