Niat melawat tercapai, Tizz Zaqyah syukur jumpa Abdul Rahman

TRAGEDI Jumaat lalu yang meragut nyawa enam sekeluarga merobek hati ramai.

Abdul Rahman Amir Ruddin, 19, hilang insan tersayang sekelip mata apabila ibu, ayah dan empat adik maut dalam kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan.

Berita duka itu meraih perhatian ramai termasuk selebriti yang terkesan ke atas ujian berat remaja tersebut.

Tidak berkecuali, pelakon Tiz Zaqyah yang berkesempatan menzirahi Abdul Rahman di Muar, semalam.

Menerusi perkongsian pemilik nama sebenar Siti Zaqyah Abdul Razak di Instagram, dia bersyukur niat untuk melawat remaja berkenaan tercapai.

“Alhamdulillah dapat juga rezeki melawat adik Rahman petang tadi (semalam) di rumah mak ciknya di Muar.

“Alhamdulillah, ramai juga yang datang melawat. Terima kasih juga kepada yang menderma.

“Semoga ALLAH SWT permudahkan semuanya untuk adik Rahman. Salam Takziah. Al-Fatihah,” tulisnya.

Baca juga Hilang 6 insan tersayang sekelip mata, Abdul Rahman ditaja umrah

Menjengah ruangan komen, ramai mengucapkan terima kasih atas sikap prihatin bintang berusia 35 tahun itu.

“Terima kasih bagi pihak keluarga Rahman & Abdullah.. Semoga ALLAH membalas semua jasa baik dan doa-doa kalian.”

“Tengok adik tersenyum.. Sedih juga. Terima kasih Tiz and team.”

“Sembab mata die, kesiannya la. Harap mental die kuat.”

“Allahu setiap kali ternampak post pasal kisah ni auto sedih sebak tahap nangis.”

“Alhamdulillah moga adik Rahman & Abdullah diberi kekuatan menerima takdir ini.”

Iklan

Sebelum ini Abdul Rahman menerima tajaan tunai umrah daripada sebuah syarikat pelancongan, Jay Ibrahim Travel & Tours Sdn Bhd.

Terdahulu, ibu bapa serta empat lagi adik kepada Abdul Rahman disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, ketika mereka dalam perjalanan untuk menghantar ibunya di Segamat.

Mangsa yang terlibat ialah Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, bersama empat lagi anaknya, Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Baca juga ‘Rehatlah Achik, terima kasih 20 tahun ini.’ Catatan abang pelajar KPTM maut kemalangan runtun hati warga maya

Seorang lagi anak mereka Abdullah,15 tahun pula parah dan kini sedang menerima rawatan lanjut di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Segamat akibat kecederaan parah di bahagian kepala, usus dan paru-paru.

Iklan

Difahamkan, ibunya merupakan guru Sekolah Agama Semedak manakala bapanya merupakan seorang imam di Masjid Ladang Tereh Utara, Kluang.

Jenazah enam beranak itu selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Masjid Ubuddiah, Parit Limbong pada petang Sabtu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!