Nicky Byrne beri 'hint' - Westlife, Nsync bakal bergabung?

Untitled design (97)
Untitled design (97)
A
A
A

AHLI kumpulan Westlife, Nicky Byrne dilihat memberi hint bahawa kumpulan itu dan sebuah lagi kumpulan popular 90-an, Nsync bakal bergabung dalam satu projek terbaharu.

Jika ia benar berlaku, pastinya menjadi berita gembira buat peminat kedua-dua boyband itu.

Menerusi perkongsian di Instagram miliknya, Nicky, 43, berkongsi status ringkas tentang satu projek terbaharu bersama poster yang tertulis ayat ‘Westlife, New Music, New Tour’ (Westlife, Muzik Baharu, Jelajah Baharu).

Bagaimanapun di ruang kapsyen, Nicky menulis selamatnya Nsync.

“Selamanya NSYNC. Oh awak tentu tahu apa yang saya maksudkan!!

“@westlife @nsync

“Harap pengumuman dibuat tidak lama lagi!!” tulisnya ringkas.

Perkongsian itu menerima reaksi pelbagai daripada peminat setianya. Rata-ratanya tidak sabar menanti pengumuman tersebut.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca