Noh mahu penyelesaian baik, terkejut Mizz Nina tarik semula kes penjagaan penuh, inter-parte Musa. 'Saya perlu jawab semua tuduhan'
ISU yang membabitkan penyanyi Mizz Nina dan Noh Salleh sekali lagi menjadi perhatian ramai. Ini susulan kemelut yang berkaitan hak penjagaan anak angkat mereka, Musa.
Menurut Noh atau nama sebenarnya Muhammad Noh Salleh, 39, beliau hanya mahukan kebenaran kerana mendakwa dirinya telah dianiaya.
"Saya terkejut, beliau (Mizz Nina) minta saya datang mahkamah kemudian beliau menarik kes. Ketika proses Sulh pun tiada apa yang terjadi. Jadi tunggu esok (6 Februari) di hadapan hakim.
"Harapan saya semoga ada kebenaran kerana saya sudah dianiaya di hadapan khalayak ramai. Saya hanya mahukan kebenaran.
"Saya tidak menculik Musa, ketika itu saya ada persembahan di Sabah. Kalau saya culik saya akan sorok. Tapi saya tunjuk Musa ada dengan saya. Saya juga mencari Mizz Nina untuk berbincang," ujar kepada sebuah portal berita selepas selesai prosiding Sulh bagi hak penjagaan di Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.
Baca juga: Anak angkat, adakah ibu kandung masih berhak? 15 info perlu tahu
Noh menyatakan terkejut Mizz Nina telah menarik semula kes penjagaan penuh, inter-parte Musa dan tidak mengetahui apa punca sebenar bekas isteri menarik semula kes tersebut.
"Saya perlu menjawab tuduhannya, tidak adil di sebelah pihak saya dan apa sebenarnya permainan beliau? Saya mahukan kebaikan untuk Musa.
"Tiada perjanjian hak penjagaan, kalau ada sila tunjukkan. Surat yang dikatakan hanya SD (akuan berkanun) sahaja, tidak boleh diguna pakai dalam kes ini dan surat itu sudah ditarik balik.
"Kalau boleh nak jaga sama-sama, ada sebab saya buat begitu. Saya tidak akan suka-suka masuk hal rumah tangga orang.
"Itu bukan anak dia, Musa anak Athira. Saya sudah dapat surat pengesahan daripada ibu kandung Musa," katanya.
Sementara itu, peguam yang mewakili Noh iaitu Megat Syazlee Mokhtarom dan Muhammad Shamsyuar Jasmin berkata tiada sebarang dokumen penyerahan dikemukakan.
Baca juga: Mizz Nina, Noh ambil anak angkat lelaki bernama Musa
Baca juga: Rebut anak, 6 bulan Noh Salleh jalani tempoh sukar selepas bercerai
Baca juga: “Selepas berfikir, kami bersetuju untuk berpisah”, Mizz Nina, Noh sah bercerai
"Di dokumen penjagaan itu ada dua nama, satu nama Noh dan satu nama Mizz Nina. Jadi tiada isu. Tiada dokumen penyerahan hanya ada dokumen penjagaan.
"Dua-dua ada hak, isunya sekarang hak itu ada pada siapa. Siapa yang menidakkan siapa?
Sebelum ini Mizz Nina mendakwa Noh membawa keluar anak angkatnya, Musa tanpa kebenaran dan pengetahuan pihaknya pada 19 Disember tahun lalu, ketika beliau dalam penerbangan menuju ke Tokyo, Jepun atas urusan kerja.
Bagaimanapun, Noh membuat kenyataan dalam rancangan Melodi berkata tiada langsung unsur penculikan seperti yang didakwa, malah beliau sudah mendapatkan kebenaran ibu kandung Musa untuk menjaga si kecil itu.
Noh kemudian memuat naik video permohonan maaf secara terbuka selepas dituntut oleh ibu kandung kepada anak angkatnya, Musa, yang hanya mahu dikenali sebagai Athira.
Untuk rekod, Noh dan Mizz Nina atau nama sebenar, Shazrina Azman, 44, mendirikan rumah tangga pada Julai 2011, namun, bercerai pada Ogos 2022 dan tidak dikurniakan zuriat.
Sumber: OhBulan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang