ISU berkaitan anak angkat tidak asing lagi kepada masyarakat Malaysia khususnya. Banyak pengambilan anak angkat berlaku semenjak puluhan tahun dahulu lagi.

Secara umumnya, anak angkat adalah anak yang bukan terhasil dari nasab keturunan seseorang itu sendiri.

Namun, atas sebab tertentu kanak-kanak dijadikan anak angkat seperti oleh pasangan yang sudah lama berkahwin namun tidak dikurniakan cahaya mata sendiri.

Berikut 15 info berkaitan anak angkat yang perlu anda tahu:

1-Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), seseorang kanak-kanak itu berada dalam jagaan, sedang dibesarkan, ditanggung dan dididik oleh mana-mana orang atau pasangan suami isteri bersama tidak kurang dari dua tahun.

2-Salah satu keperluan utama untuk Permohonan Pengangkatan ialah Sijil Kelahiran. Jika kanak-kanak lahir di negara ini tetapi tidak mempunyai Sijil Kelahiran, Permohonan Daftar Lewat Kelahiran hendaklah dibuat terlebih dahulu.

3-Had umur kanak-kanak yang boleh dijadikan anak angkat di JPN adalah di bawah umur 18 tahun.

4-Syarat umur ibu atau bapa angkat ialah 25 tahun ke atas dan jarak umur dengan anak angkat ialah 18 tahun. Bagi ibu atau bapa angkat yang mempunyai tali persaudaraan dengan ibu bapa kandung kanak-kanak, syarat umur ibu bapa angkat ialah 21 tahun.

5-Proses permohonan pengangkatan boleh dibuat di mana-mana kaunter JPN berhampiran dengan kawasan kediaman ibu bapa angkat.

Baca juga: Rebut anak, 6 bulan Noh Salleh jalani tempoh sukar selepas bercerai

Baca juga: Suci hati seorang kakak, serah bayi jadi anak angkat adik pejuang TTC buat ramai sebak

6-Kanak-kanak berkenaan wajib hadir bersama-sama ibu bapa angkatnya untuk proses pengangkatan manakala ibu bapa kandungnya tidak diwajibkan jika Surat Keizinan Berkanun dikemukakan.

7-Ibu bapa angkat boleh membuktikan mereka telah menjaga kanak-kanak berkenaan selama dua tahun dengan pembuktian boleh dibuat melalui Surat Keizinan ibu bapa kandung iaitu Akuan Berkanun yang dibuat oleh ibu bapa kandung semasa proses penyerahan kanak-kanak tersebut kepada ibu bapa angkat. Tempoh dua tahun dikira dari tarikh penyerahan dan bukan dari tarikh Akuan Berkanun dibuat.

8-Perjanjian tidak formal di antara ibu bapa kandung dan ibu bapa angkat tidak boleh dibuat kecuali ia adalah Surat Akuan Berkanun antara kedua-dua belah pihak yang mengikut keperluan undang-undang.

9-Saudara boleh memohon pengangkatan bagi kanak-kanak dengan syarat salah seorang pasangan suami isteri hendaklah mencapai umur 25 tahun dan mereka adalah saudara lelaki atau perempuan, bapa saudara atau ibu saudara, sama ada melalui pertalian darah atau pertalian kahwin kanak-kanak tersebut.

Baca juga: Gabungkan nama bapa angkat ketika menamakan anak angkat. Ini hukumnya yang wajib kita tahu…

Baca juga: Tertukar anak sudah susu badan. Jadi anak susuan, tak boleh kahwin

10-Permohonan pengangkatan hanya dirujuk kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika tiada keizinan daripada ibu bapa / ibu / bapa kandung kanak-kanak untuk pengangkatan tersebut. Walau bagaimanapun tiada halangan untuk Pendaftar merujuk kes kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat mengikut keperluan.

11-Pemulangan dan pengangkatan semula anak angkat kepada ibu bapa kandung adalah tidak dibenarkan, tetapi pengangkatan tersebut boleh dibatalkan dengan perintah mahkamah.

12-Ibu bapa kandung juga tidak boleh mengambil kembali kanak-kanak berkenaan selepas proses pengangkatan dilakukan kerana ia adalah keputusan muktamad.

13-Berkenaan isu mahram dalam Islam, anak angkat sama ada lelaki atau perempuan mempunyai batasan dengan ibu bapa angkatnya apabila mencecah usia baligh dan merupakan ajnabi (orang asing).

Iklan

14-Namun sekiranya anak angkat yang berusia di bawah dua tahun disusukan oleh ibu angkatnya mengikut syarat-syarat susuan, secara automatik kanak-kanak berkenaan menjadi anak susuan bagi ibu bapa angkat tersebut.

15- Hubungan mahram antara suami kepada ibu susuan dan anak angkat disebabkan oleh penyusuan terjadi apabila suami kepada ibu susuan tersebut yang merupakan pemilik susu (iaitu susu tersebut ialah hasil daripada persetubuhan suami isteri dalam tempoh perkahwinan yang sah).

Penting bagi kita mengetahui info ini memandangkan isu berkaitan anak angkat sering menjadi perdebatan akhir-akhir ini.

Seperti kes yang dikaitkan dengan penyanyi Noh berkaitan anak angkatnya, Musa.

Vokalis Hujan itu berdepan dengan beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh ibu kandung Musa yang dikenali sebagai Athira.

Memetik laporan Harian Metro, wanita berkenaan mengemukakan tiga tuntutan antaranya meminta Noh menarik balik kenyataan yang dikongsikan dalam media sosial, membuat permohonan maaf secara terbuka dan memadam gambar yang mendedahkan wajah anaknya bernama Musa itu dalam tempoh 24 jam.

Kata Athira lagi, Noh juga perlu memohon maaf atas kekeliruan yang ditimbulkan dalam kenyataannya menerusi program Melodi yang disiarkan pada 14 Januari lalu.

Iklan

Pun begitu, Noh difahamkan enggan memberi kenyataan berhubung tuntutan berkenaan.

Semoga hal ini dapat diselesaikan dengan baik!

Sumber: JPN, Jabatan Mufti Wilayah, Harian Metro

Baca juga: Anak angkat bukan pembawa dosa

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mallsekarang!