Noor Kumalasari tidak guna 'jalan pintas'

NOOR KUMALASARI
NOOR KUMALASARI
A
A
A

SENIWATI Noor Kumalasari mendedahkan tidak menggunakan jalan pintas atau nama besar ibu bapanya iaitu Allahyarham Datuk S. Roomai Noor dan Allahyarhamah Datin Umi Kalthum untuk mendapat tempat dalam dunia seni.

Sebaliknya adik kepada penyanyi Anita Sarawak itu memilih untuk berusaha dari bawah.

"Sejak bergelar model lagi, saya memang memilih untuk berusaha sendiri dari bawah dan sampailah hari ini walaupun saya sudah jarang berlakon," katanya.

Noor Kumalasari berkata, bukan mudah untuk menjadi pelakon kerana dia perlu menjadi orang yang berbeza di depan kamera.

"Saya bermula sebagai model, penyanyi dan kemudian pelakon. Semuanya bermula dengan tawaran dari Allahyarham Aimi Jarr yang ingin mencari pelakon yang memiliki rambut panjang.

"Saya juga mahu mencuba bakat selepas mendapat kebenaran dari arwah mak.

"Ketika berlakon dengan Jins, saya perlu menangis sehingga jam 3 pagi untuk menjiwai babak dalam filem sedangkan saya baru saja lepas ketawa ketika itu. Menerusi bantuan 'coach' dan Jins, filem itu juga berjaya," katanya.

Bintang berusia 67 tahun itu berpendapat kecantikan paras rupa bukan saja dinilai dari segi luaran sebaliknya aspek dalaman untuk menjadi pelakon yang baik.

"Cantik juga mempunyai banyak maksud dan bagaimana kita melihatnya serta dari sudut apa? Sudah pasti yang paling penting, perangai dan sikap seseorang pelakon dalam menjalankan tanggungjawab pada watak diserahkan.

"Pelakon perlu memiliki 'attitude' yang baik dengan menghormati pelakon lain dan pengarah di lokasi. Kalau hati kita cantik, jadi cantiklah orangnya," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

Teruskan membaca