KEHIDUPAN tanpa gurau senda ibarat masakan tanpa garam. Tiada salahnya kita bergembira sekali-sekala agar dapat melupakan ‘kepahitan’ dialami.

Pun begitu, sentiasa berpada-pada ketika bergurau baik bersama pasangan, anak-anak, rakan mahupun orang sekeliling. Bimbang gurauan melebihi batas memberikan kemudaratan tidak dijangka.

Tambahan pula, pada zaman modenisasi ini sebahagian besar individu amat ‘bersahabat’ baik dengan media sosial sehingga sanggup mencipta prank demi content.

Inilah yang berlaku kepada pelakon Norreen Iman. Segelintir warga maya mendakwa semata-mata mengejar jumlah likes beliau sanggup mengenakan dua anaknya yang sedang tidur.

norreen iman
NORREEN (kiri) sedang popular menerusi drama Rindu Awak Separuh Nyawa bersama pelakon utama Uqasha Senrose.

Semuanya berpunca selepas pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa itu memuat naik sebuah video beserta kapsyen ringkas menerusi laman sosial Facebook Norreenjelah.

“Bila PKP ni, macam-macam boleh jadi. Idea ini datang dari @razzirazak!.”

Video berdurasi satu minit itu memaparkan tindakan Norreen mengangkat anak lelaki dan perempuan yang sedang tidur di ruang tamu.

Pada mulanya, disangkakan kanak-kanak tersebut hendak dibawa ke bilik tidur, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Rupa-rupanya Norreen meletakkan mereka di dalam kolam renang jenis plastik yang berisi air di luar rumah disusuli dengan gelak tawa.

Lantas, anak-anaknya terus terjaga dan segera berdiri dek terkejut apabila air memasuki hidung.

norreen iman
TINDAKAN Norreen meletakkan anak yang sedang lena tidur di dalam kolam berisi air mengundang pelbagai respon netizen.

Tindakan tersebut nampaknya mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan netizen.

Mereka menyifatkan sebagai seorang ibu seharusnya melindungi anak-anak berbanding melakukan perkara seumpama itu.

norreen imanKomen-komen warga maya antaranya:
@Nur Azfahani Ahmad: “Apa la seorang mak buat anak macam ni. Gurau berpada-pada. Kalau setakat letak tempat lain di dapur ke boleh diterima.

“Ini dalam air kot! Bahaya..otak tengah slow down proses pernafasan anak tetiba air masuk boleh termasuk dalam injap terus mengepam masuk lung.”

@Azila Saga: “Apalah perasaan seorang ibu buat anak-anak macam tu? Kalau saya anak tengah tidur tak smpai hati nak kejut, apatah lagi nak masukkan dalam air.”

Iklan

@Melissa Meng Isyagoprettyzanmi:” Ya ALLAH kenapa buat macam itu? Agak-agak la bergurau mak oi. Kesian anak tengah lena tido semangat entah terbang ke mana.”

@Shuaily Ahmad Eily: “Hilang semangat budak tengah tido. Tak elok buat macam tu dan satu lagi bahaya.”

@Beth Nang: “Luv u Norreen. Tapi bila tengok buat macam ni kat anak alamak tercalar hati aku. Kalau aku ini adalah benda yang aku takkan buat pada anak-anak walaupun dibayar jutaan ringgit… sorry!.”

@Rahimah Yunos: “Nak dapat banyak likes sanggup buat gitu.Bagi aku yang bergelar ibu tak kelakar langsung. Ya memang itu anak kau. Tapi nak bergurau berpada-pada. Nak glamor memang kena buat begini ke?

Iklan
norreen iman
BAHAGIA. Norreen disamping suami dan dua permata hatinya.

Setakat artikel ini ditulis video tersebut telah mendapat jumlah tontonan sebanyak 674,000 dan lebih 1,000 komen.

Sabar korang. Mungkin niat Norreen dan suami sekadar bergurau untuk menghiburkan hati anak-anak.

Maklumlah, dalam tempoh total lockdown kini kita disarankan kekal berada di rumah bagi membendung penularan Covid-19.

Sumber: Facebook Norreenjelah dan Instagram @norreen143