SURIA FM bakal membawa pendengar melayari memori tahun 1990an bermula 21 Jun hingga 25 Jun ini, sempena minggu ‘Demam 90an di Suria’.

Menerusi slot tersebut, seleksi lagu-lagu popular dalam dan di luar negara, kegemaran ramai pada era itu akan dimainkan.

Selama seminggu juga, pendengar boleh mengikuti dan menonton temubual istimewa Memori 90 Suria bersama penyampai Suria dan artis popular 1990an tanah air.

Antaranya seperti seperti Ziana Zain, Norman KRU, Ameng Spring, Nizam Laksamana dan Joey BPR menerusi siaran langsung IG Suria Malaysia setiap hari pada jam 9 malam.

Selain daripada mendengar lagu popular yang menggamit memori, pendengar juga boleh berkongsi lagu 1990an pilihan dan nostalgia di sebalik lagu tersebut menerusi segmen sama dengan menghubungi talian Suria FM.

Tidak hanya itu, Suria FM juga akan berkongsi pengisian istimewa sempena Hari Bapa melibatkan barisan penyampai iaitu Ajak, Issey, Fizi Ali dan Tyzo untuk menyelusuri perasaan sebenar mereka sebagai seorang bapa.

Saksikan video temubual istimewa Jannah Untuk Ayah sempena Hari Bapa pada 20 Jun ini, jam 12 tengah hari di Facebook Suria FM dan YouTube SuriaTV.

Iklan

Sementara Fiesta Bola Eropah 2020 Suria FM pula merupakan pengisian khas buat peminat bola sepak dunia yang tidak sempat untuk mengikuti perlawanan Euro 2020.

Ikuti perkembangan perlawanan dan ketahui jadual perlawanan menerusi segmen khas Grandstand Suria di frekuensi Suria FM serta aplikasi dan media sosial Suria Malaysia.

Iklan

Tidak ketinggalan dapatkan trivia menarik dan sertai kuiz mudah mengenai Euro 2020 dan negara yang bertanding di IG story Suria Malaysia.

Kekal di rumah dan tetap berhibur dengan Suria Malaysia dengan memuat turun dan melanggan aplikasi Suria Malaysia di App Store dan Google Playstore. Untuk maklumat lanjut, layari laman web suria.my atau ikuti media sosial Suria Malaysia.