PELAKON Korea Selatan, Oh In-hye ditemui meninggal dunia di rumahnya semalam.

Berita ini amat mengejutkan para peminatnya di seluruh dunia.

Menurut laporan portal hiburan luar negara, seorang kenalan telah menemuinya tidak sedarkan diri di rumahnya lantas segera mendapatkan bantuan kecemasan.

Oh In-hye terus dikejarkan ke bilik kecemasan di hospital berdekatan.

Ketika di hospital, difahamkan nadi dan pernafasannya kembali berfungsi setelah menjalani rawatan tersebut namun sedihnya Oh In-hye tidak berjaya melalui detik kritikal itu dan akhirnya meninggal dunia.

Oh In-hye meninggal dunia pada usia 36 tahun

 

Iklan

Oh In-hye meninggal dunia pada usia 36 tahun.

Mayat pelakon ini akan dikebumikan secara tertutup di Inha University Hospital pada Rabu (16 September 2020).

Iklan

Oh In-hye memulakan kariernya di layar lebar pada 2011. Seterusnya dia juga aktif berlakon dalam siri-siri drama.

Terbaru, Oh In-hye telah membuka akaun YouTube untuk berkongsi kehidupannya bersama peminat.